Yamna 4
4
“Assalamualaikum, cik librarian.
Saya nak pinjam buku ni” seorang pengawas sekolah berkemeja biru menyedarkan Yamna
dari lamunan panjang. Istighfar meniti di bibirnya. Boleh pula berkhayal tika
ini. Segaris senyuman diukir untuk pelanggan pertamanya hari ini.
“Yes, Mr. Aniq. May I help
you?” Tanya Yamna mesra.
Melayan pelanggan, haruslah mesra. Masih dalam
batasan, apa salahnya? Kalau tarik muka kelat nanti, haru lah jadinya. Tak
pasal-pasal seorang pelanggan berkurang. Sudahlah pihak ahli jawatankuasa
perpustakaan bertungkus lumus mewujudkan pelbagai program bagi menggalakkan
para pelajar berkunjung ke perpustakaan untuk meminjam buku. Kasihan mereka
yang berpenat lelah merangka dan menjayakan program tersebut.
Kerana
aku seorang yang buat hal, habis usaha mereka itu sia-sia. Bukankah tidak
wajar? Tidak mudah untuk menarik walaupun seorang pelanggan. Pelajar, kalau
tidak dihidangkan dengan imbuhan, mana mahu mereka melibatkan diri. Apalah
sangat yang boleh didapati dengan meminjam buku?
Banyak lagi aktiviti menghiburkan yang
terlintas di minda daripada menghadap patah perkataan yang tercetak pada kertas
yang ditemukan oleh ruas. Pelajar khususnya remaja, mahu yang seronok sahaja.
“I wish to borrow this book…”
Aniq menghulurkan sebuah buku. Tajuk yang terpampang di kulit buku, ‘Cintaku
Setelah Allah dan Rasul’. Buku yang nipis tapi padat dengan ilmu. Karya penulis
terkenal; Fatimah Syarha binti Noordin.
“… for my bride” Aniq
menyambung selamba. Yamna tersentak. Matanya meliar ke sekeliling ruang
perpustakaan, bimbang ada yang terdengar. Seorang junior yang baru direkrut
sebagai pengawas pusat sumber yang
berada di sebelah Yamna sempat menoleh. Dia tersenyum malu. Aniq! Isy… geramnya!
Mujurlah si junior tidak tahu hujung
pangkal cerita. Kalau tidak, bukan sahaja tersenyum malu, pastinya Yamna diusik
sakan nanti. Aniq, sejak bila jadi heartless
ni?
Butir peminjam ditulis dalam buku rekod
peminjaman. Nama, nombor kad ahli peminjam, tajuk buku, nombor perolehan buku
dan tarikh peminjaman.
“May I have your library card, please?” Tanya Yamna sopan.
“Here, Miss Librarian” Aniq menghulurkan kadnya dengan wajah yang
nakal.
“Letakkan atas meja kaunter” kata Yamna yang masih menulis.
Aniq masih
tidak melepaskan kadnya. Menyelitkan
sekeping kad itu di celahan jarinya sambil mengetuk-ngetuk meja kaunter.
Seperti memaksa Yamna menyambut kad tersebut dari tangannya.
Yamna geram.
Aniq sengaja tidak mengikut arahannya. Kenapa Aniq berdegil? Tahukah Aniq,
Yamna sedaya upaya mengelakkan kemungkinan untuk bersentuhan dengan lelaki
mahram? Ya, Aniq imamnya. Zaujnya.
Namun, tidak manis bukan jika dilihat di tempat awam?
Oh hati, kuatkanlah
istighfar!
“Mr. Aniq, please…” Yamna bertegas walaupun dalam suara yang lembut.
Mata tidak langsung memandang Aniq. Malas bermain tarik tali. Masa yang tidak
sesuai. Situasi yang tidak sesuai. Tempat yang tidak sesuai!
“Why don’t you take it from my hand? Tak salah kan? Bukan
bersentuhan pun” keningnya dijongketkan beberapa kali.
“Kalau tersentuh pun bukan haram…” Aniq seperti berbisik.
“Sebab tak sengaja kan, Kak Yamna? Perbuatan yang tidak
disengajakan, dimaafkan Allah. Tapi lebih baik kalau selepas itu, mohon
keampunan Allah” si junior; Amni begitu lurus mengingatkan.
Yamna hendak
jegilkan mata, terasa tidak patut pula. Amni berbicara perkara yang benar. Oh
Amni, seandainya kamu tahu…
Aniq
menyungging sengih. Aniq hampir menang! Nampaknya si junior ini menyebelahi
Aniq. Haha! Sabar ya Yamna, nanti balik rumah mengadu pada Aniq ya? Aniq juga!
“Tapi lebih baik kalau elakkan diri dari situasi yang membolehkan bersentuhan.
Pilihan yang paling baik. Allah paling sayang” mata Amni bercahaya, kagum
dengan apa yang keluar dari bibirnya sendiri.
“Hmmm…” hanya itu yang mampu keluar dari mulut emas Yamna yang
jarang bersuara kecuali apabila perlu. Terasa kemenangan di pihak Yamna.
Alhamdulillah…
Aniq tidak
terkata apa-apa. Seperti piala kemenangan yang hampir dijulang disambar oleh
cenderawasih kayangan. Hampir sahaja!
“Aniq, jom balik kelas” Hadi menyapa. Memberi isyarat supaya lekas.
Lama Hadi menyaksikan adegan panas berapi itu.Dan Hadi sedar, muka Yamna pun
sudah seperti udang dipanggang, putih kemerah-merahan . Aniq pula, kalau tidak
disapa tadi, entah bila akan berhenti usikannya. Hai Aniq, sejak bila jadi
penyakat tegar ini?
Aniq menurut akhirnya. Tidak mahu
menghampakan Hadi. Walaupun kalau dibiarkan tadi, dia tidak puas lagi menyakat
Yamna. Suka benar!
Yamna segera menyudahkan proses
peminjaman. Mengembalikan buku kepada si
peminjam. Tanpa memandang, tanpa menoleh, Yamna meletakkan buku di atas meja
kaunter. Mahu ambil atau tidak, terpulang.
Bersambung...
Sambung lagi...... :3
ReplyDelete# smakin best.. chaiyok!
BEST.
ReplyDelete