Yamna 1
Assalamualaikum
Selamat pagi, semoga sentiasa dalam redha Ilahi.
Oleh kerana ana malas hendak menulis, ana ingin berkongsi karya ana. Sudi lah ya membaca. Enjoy...
@.@
Yamna 1
“Awak.. tengokkan soalan ni kejap” Yamna menghulurkan buku latihannya. Sekejap-sekejap menggaru kepala tanda tidak faham dengan kehendak soalan. Matanya terkerdip-kerdip memandang wajah di hadapannya dengan muka sedikit berkerut.
Selamat pagi, semoga sentiasa dalam redha Ilahi.
Oleh kerana ana malas hendak menulis, ana ingin berkongsi karya ana. Sudi lah ya membaca. Enjoy...
@.@
Yamna 1
“Awak.. tengokkan soalan ni kejap” Yamna menghulurkan buku latihannya. Sekejap-sekejap menggaru kepala tanda tidak faham dengan kehendak soalan. Matanya terkerdip-kerdip memandang wajah di hadapannya dengan muka sedikit berkerut.
“Macam ni, mula-mula keluarkan apa yang diberi dari soalan” suara
garau itu memberi penjelasan. “Kemudian tuliskan formulanya, gantikan apa yang
kita dapat dari soalan ke dalam formula..” laju tangan mencoret di atas buku
latihan, seperti jawapan sudah di mindanya. Kalkulator pula ditekan dengan
pantas dan dengan ‘ajaib’nya jawapan sudah terpapar di skrin kalkulator.
“Senang kan?”
Mimik muka
teruja bercampur tidak puas hati Yamna pamerkan.
“Macam ni saja
penyelesaiannya?”
“Ya lah, macam mana lagi?” suara di hadapan menjawab.
“Kenapa macam senang sangat? Yamna ingat susah tahap infiniti tadi”
“Sebab awak tu malas buat latihan, mana nak tahu bentuk soalan dan
cara nak selesaikan. Subjek ni kena tiap-tiap hari buat latihan, barulah otak
tak berkarat”
“Apa awak cakap?!”
“Eh tak, maksud saya nanti mudah lupa. Kena ulangkaji selalu..”
wajah itu mempamerkan riak tidak bersalah.
“Aniq Sufyan, saya tegaskan ya, saya tidak suka pada kekasaran,
tidak kira percakapan mahupun perbuatan. Tolong hormati saya” Yamna sudah
memandang tajam mata Aniq.
“Memanglah kasar.. tapi mesra. Lagipun kasar sikit saja” di hujung
ayatnya antara kedengaran dan tidak sahaja bunyinya.
“Awak dah lupa, saya ada penyakit misteri. Telinga saya sakit bila
dengar orang cakap kasar atau mencarut. Saya tak suka orang cakap yang
bukan-bukan” Yamna mengungkit.
“Saya bukan mencarut, jauh sekali cakap perkara yang buruk”
“Terima kasih atas bantuan
awak. Maaf, saya masuk bilik dulu. Assalamualaikum”, Yamna segera mengemas
barang-barangnya dan bergegas ke biliknya tanpa menoleh belakang lagi. Sudah
hilang keazaman untuk terus belajar bersama. Itulah, siapa suruh bangkitkan isu
sensitif!
Aniq hanya
pemerhati senyap memandang Yamna sehingga hilang di balik pintu. Kemudian
matanya meliar ke segenap ruang belajar hingga ke seluruh sudut rumah yang
boleh diperhatikannya. Senyuman kecil terlukis di wajahnya. Kerana seorang
gadis, dirinya sanggup mengorak langkah sebesar ini, menentang adat setempat
yang sudah berkurun menjadi ikutan. Sedangkan yang sepuluh tahun lebih berusia
daripadanya pun ada yang tidak sanggup
mengambil risiko, inikan pula seorang anak muda ‘hingusan’? Namun tidak bagi
Aniq, dia lebih mendahului daripada senior-seniornya. Wah, inilah yang
dikatakan pemuda harapan bangsa, rela mendepani risiko dengan jati diri yang
mantap. ‘Ya, demi anti Yamna’ hatinya berbisik.
Setelah
beberapa detik, Aniq bangun dari kerusi. Meninggalkan meja belajar yang
bersepah dengan buku-buku dan alat tulis
yang berterabur. Tahun ini tahun akhir di sekolah. Tahun yang penting, tahun survival. Tahun yang ditetapkan dengan peperiksaan yang menentukan
siapa seseorang itu selepas ini. Segala yang telah dipelajari selama dua tahun
ini akan dimuntahkan dalam peperiksaan tersebut. Ah, tertekannya!
Tetapi, tidak akan ada istilah belajar
tanpa perkataan tekanan. Mana mungkin seseorang itu belajar tanpa desakan
tekanan. Tidak kiralah tekanan positif atau negatif. Kalau negatif perlu
dipositifkan. Setuju tak? Kesimpulannya,
dalam belajar, tekanan itu adalah jiran yang paling hampir. Jadi, tidak usahlah
begitu serabut andai dilanda tekanan. Setiap manusia pernah dan akan menghadapi
tekanan selagi nyawanya masih di badan, cuma bentuk tekanan dan cara menghadapi
tekanan bagi setiap orang adalah berbeza, bergantung pada individu.
Aniq ke dapur
seketika untuk mengusir dahaga di samping ingin melonggarkan urat sarafnya yang
mungkin kekejangan akibat terlalu lama duduk di kerusi. Kalau diikutkan
kantuknya, memang mindanya sudah terbayangkan katil yang empuk. Ah, enaknya!
Tapi, Aniq perlu teruskan jua ulangkaji, peperiksaan semakin hampir. Setelah
menghabiskan segelas air, Aniq ke singki untuk mencuci muka. Stay strong, Aniq! Don’t loose at dice!
Saat dirinya
sedang dimotivasikan oleh diri sendiri, bayangan Yamna datang menghampir. Entah
apa yang gadis itu sedang lakukan sekarang ini. Masih ‘membakar minyak lampu tengah malam’ di meja
belajar? Atau sudah tewas disengat kantuk berbisa?
Penuh rasa
ingin tahu, Aniq mendaki tangga ke tingkat atas. Pintu bilik Yamna terbuka
nipis. Cahaya lampu masih memancar. Hmm.. masih teguh di medan perjuangan!
Berusahalah Yamna!
Semasa ingin
menuruni tangga, terdetik di hati Aniq untuk memohon maaf atas keterlanjuran
kata. Pada hakikatnya, patah perkataan yang diucapkan Aniq tidaklah sekasar
yang dianggap Yamna, cuma Yamna itu yang hiperbola sensitif. Namun, demi
mengelakkan ketegangan yang berpanjangan, eloklah Aniq mengalah. Ingat ya,
mengalah tidak bererti kalah. Aniq will
never loose at dice! Selain itu, bukankah yang memulakan maaf itu lebih
mulia?
Jadi dengan
rendah hatinya, Aniq menolak perlahan pintu bilik Yamna. Risau mengganggu
konsentrasinya yang sedang mencedok ilmu. Apabila pintu terbuka luas..
“Innalillahi wainnailaihirajiuun..”
Bersambung...
Comments
Post a Comment