House Lady... Oh Yeah!

Assalamualaikum...

Tika ini ana menaip bukan sebagai seorang pelajar, tapi sebagai sorang yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal ehwal rumah yakni house chores. Hal enta/ enti tafhamun...? (Ustaz Ibrahim El-Mesri selalu tanya soalan ini, rindu ustaz dan suasana pusat tusyen. Semoga ustaz molek-molek saja ya, insyaAllah...)

Hmm..

Apa ya? Oh tiada yang istimewa pun. Ana mahu berkongsi ini... Sudi tidak membaca coretan ana? Kalau tidak, ya bukan rezeki enta/ enti lah menadah mata menghadapi paparan coretan ana...

Sesiapa yang tidak sudi silakan ya menutup paparan ini, insyaAllah tiada rugi.

Kepada yang sudi, ayuh sauh diangkat, mari berlayar ke coretan ana.

Menjadi house lady, ana banyak belajar erti tanggungjawab dan amanah. Memasak, mengemas rumah, uruskan pakaian... Ya, mudah bagi orang yang biasa dan cekap menyiapkannya. Benar, tidaklah terlalu rumit juga.

Memasak... Ana memasak yang mudah sahaja. Rebus... Goreng... Ya, itu saja lah yang ana tahu. Sup dan gulai, nantikan ana ya? Ana akan belajar lagi, insyaAllah. Psstt.. ana ini sedikit liat sebenarnya, tatkala umi di rumah, selagi tidak dipanggil umi untuk ke dapur, masakan ana keluar dari zon selesa ana; bilik tidur a.k.a. dunia ana yang privasi. Dengan kata mudah dan agak kurang sopan, ana ini MALAS sebenarnya.

Umi pernah pesan, ana ini sudah melepasi fasa persekolahan. Tugas ana sudah berubah. Menjadi lebih dewasa. Perlu melibatkan diri dalam urusan rumah tangga, tidak boleh hanya memerap di dalam bilik saja. Dengar... Ana dengarkan juga. Umi kan ibu? Bicara umi pasti benar dan wajar. Minda mencerna butir bicara umi. Ya! Ana harus sedar! Ana sudah berada dalam fasa menjadi dewasa!

Saat umi bekerja, ana yang bertanggungjawab di rumah. Memasak dan sebagainya. Kalau tidak memasak, mahu makan apa? Pada mulanya memang terpaksa, tapi lebih ringan apabila melakukan tanpa dipinta. Dan kemudian, pupuk rasa ikhlas. Kalau tidak, yang pahala hanya sia-sia. Benar kan?

Mengemas rumah... yang ini... ana hanya lakukan apabila perlu sahaja. Ya lah, mahu kemas apa jika sudah kemas tersusun? Menyapu pun tidak kerap. Sekadar yang terlihat dek pandangan itu, ana sapu lah.

Menguruskan pakaian... Yang membawa maksud membasuh dan menjemur di ampaian. Hmm... Jujur ana rajin membasuh pakaian... kerana adanya 'Si Anak Dara Jepun' a.k.a. washing machine. Campak sahaja dalam mesin basuh, tekan butang yang perlu dan tinggalkan. Senang kan? Ada yang sudi bekerja untuk kita, alangkah nikmatnya kurniaan Allah yang mengilhamkan penciptaan mesin itu. Wah! Alhamdulillah. Cuma perlu sediakan bekalan elektrik sahaja.

Tapi... bab menjemur pakaian ini... Fuh... (mengeluh). Betapa beratnya. Kalau mood rajin, alhamdulillah! Tapi bila datang rasa malas... Hmm... Tahu lah nasib pakaian dalam mesin tu. Terperam lah jawabnya. Ada ketika sampai tengahari terik baru keluar menjemur. Bagus kan si dara pingitan? Calon menantu pilihan ni! Hehe...

Jadi, sampai sini dahulu ya? Diizinkan Allah bertemu lagi kita...

Assalamualaikum...



Lasagna! Sedap sangat! Kecur liur ana! Umi masak, semua umphh! Lazizah! Delicious!

Comments

Popular Posts