Futhur Al- Bikru! (Sarapan Si Sunti)

Assalamualaikum...


Mempersembahkan... Nasi Goreng Si Sunti! Ana masak sendiri, ya! 'Delicious meter' menunjukkan sarapan ini tidaklah sesedap masakan umi. Dan dekorasinya layak dikritik hebat.

Tapi, ana sendiri yang nak makan kan? So, ana okay saja.

Koko krunch and milk. Ana rasa nak makan simple saja untuk sarapan. Cereal dengan susu, tak ada hal kan? Kendatipun begitu, ana telah memprogramkan diri ana untuk siapkan juga nasi goreng seperti di atas. Put cereal and milk aside.

Resepi:

  • Tumis bawang merah + bawang putih sampai keemasan
  • Masukkan ayam yang dipotong dadu + ikan bilis
  • Goreng sampai masak
  • Masukkan cuka sedikit + sos tiram 1 sudu + garam secubit + sayur berbatang + cili 
  • Goreng lagi sampai agak masak  
  • Masukkan nasi + sayur lembut
  • Goreng sampai sebati
  • Siap dihidangkan
Hidangan ni campak-campak saja. Untuk seorang makan. Simple and quick.


Nasi ini agak berat untuk sarapan. Tidak disarankan untuk para insan yang tidak menjalankan kerja berat. Jadi, faham-faham sajalah ya. Ada alternatif lain untuk yang mahu mengekalkan bentuk badan yang ideal.

Wa akhirun, ila alliqa' wa ma'as salamah... :)

Assalamualaikum...


Comments

Popular Posts