Syukurlah, sayang...

Assalamualaikum

Doakan kita semua sentiasa dalam redha-Nya

Mari berceloteh! Tentang rasa syukur, ya?

Hmmm... Apa sebenarnya erti syukur? Maksud dari segi bahasa; terima kasih (kepada Tuhan). Dari segi istilah? Ana tak tahu.

Mensyukuri; mengucapkan syukur (terima kasih) kepada, melakukan sesuatu sebagai tanda bersyukur.

Berdasarkan perkataan 'mensyukuri', mari kita kembangkan sedikit idea dan pendapat. Seperti peta minda, mari lukiskan anak panah untuk membuat sedikit nota kaki. Dalam minda pun sudah bagus! Mari ya?

Begini, pada pendapat ana, istilah mensyukuri itu hanya ada sebahagian sahaja yang benar-benar menerapkan maknanya dalam diri. Penjelasan?

Sila jawab soalan mudah;
Sudah mengucapkan 'alhamdulillah' hari ini?

Kalimah tahmid itu, walaupun nampak kecil di mata kasar, namun peranannya sangatlah besar. Seseorang yang selalu meniti kalimah tahmid di bibirnya, insyaAllah dia redha dengan hidupnya. Bukan begitu?

Seseorang yang dikurniakan kehidupan yang sederhana, minta menjadi orang kaya. Apa niatnya? Mahu lebih banyak bersedekah atau mahu mewah? Niat, sangat penting untuk setiap amal. Lagi pula, kalau bersedekah harta yang banyak demi meraih perhatian, apakah ikhlas masih ampuh?

Setiap sesuatu itu, datang bersamanya tanggungjawab. Ada amanah bagi setiap yang kita miliki.

Syukurlah sayang, Allah masih kurniakan nyawa hingga saat ini. Syukurlah dengan nikmat yang sekarang. Sementara masih dapat enta/ enti nikmati. Jangan berduka, andai keinginanmu belum bersua. Syukurlah, pasti ada manisnya.

Allah lebih tahu apa yang terbaik untukmu. Alhamdulillah...

Sabda Rasulullah: "Cukuplah dosa seseorang apabila dia mensia-siakan tanggungannya..." (Riwayat Abu Daud)

Kalau sekarang, masih belum terlaksana amanah, dan kalian mengharapkan yang lebih besar amanahnya, apakah kalian sanggup?

Rasulullah bersabda: "Apabila seorang lelaki memberi nafkah kepada isterinya hanya kerana mengharapkan pahala, maka itu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari)

Nafkah tidak ditetapkan jumlahnya. Bergantung kepada suami sekadar yang mampu. Sekalipun tidak berada, asal mampu menunaikan nafkah, bukankah sudah cukup keperluan? Alhamdulillah. Bukankah syukur menyemai redha?

Apabila redha tunjang utama, bahagialah jaminannya.

Sekadar di sini perkongsian kita, sehingga bertemu lagi!

Assalamualaikum

Comments

Popular Posts