Classy, Elegant & Gorgeous

Assalamualaikum

Semoga sentiasa di bawah naungan Al-Hafiz; Yang Maha Pemelihara.

Topik kali ini, kelihatan agak mewah, bukan? Sesuai dengan tajuk, ana akan memerihalkan tentang kehidupan masyarakat elit.

Siapa yang menolak menjadi kaya? Punya harta, pangkat dan segala. Dipandang tinggi oleh masyarakat, dihormati kerana pangkat, dan yang utama; punya kuasa untuk apa sahaja. Tentu bagus bukan?

Ana gemar bercerita kepada sahabat; mahu mencari zauj yang soleh, imam yang bijak agama, kekasih yang setia kepada Pencipta. Semua solehah berharap yang sama bukan?  Dan alangkah bagus jika diiringi dengan bonus juga; mampu dari segi harta. Atau lebih jelas, seorang yang kaya.

Kerana apabila kaya, semua keperluan dicukupkan. Malah melebihi yang diperlukan. Tiada belenggu hutang. InsyaAllah hidupnya senang. Bukan begitu?

Mewah. Siapa yang menolak suami yang lengkap pakejnya? Punya agama, harta, rupa dan baik keturunannya. Di sekeliling kita, bukankah begitu yang dijaja?

Ketika ana asyik dengan angan-angan Prince Soleh itu, sahabat ana menyentakkan ana dengan soalan mudah. Membuatkan ana terfikir sendiri.

"Kenapa enti tak usaha sendiri untuk jadi kaya?"

Ya, kenapa tidak berusaha sendiri untuk mencukupkan keperluan diri? Kalau mahu lebih dari cukup pun boleh. Kenapa mahu bergantung kepada zauj yang entah bila kunjung tiba? Mungkin sahaja kan jodohnya hanya di syurga; tidak di dunia? Segala kemungkinan itu punya peratus kebarangkalian. Memang dinyatakan dengan jelas, ianya kebarangkalian. Tidak pasti. Tidak tetap keadaannya.

Ana boleh menjadi kaya, dengan usaha ana sendiri. Jika benar-benar ana mahukan. Yang penting, agama didahulukan.

Classy, elegant dan gorgeous dengan pakaian agama.

Lebih mengancam, bukan?

Still, ana masih mengharapkan bonus misteri itu. Walaubagaimana pun, ana yakin, Allah tetapkan yang tebaik untuk ana. Dan setiap yang ditetapkan, hikmah mengiringi.

Mungkin sahaja kan jika dilimpahi harta, ana makin jauh dari Yang Esa. Tenggelam dengan nikmat dunia. Na'uzubillah.

Ya Allah Yang Sebaik-baik Pengatur, tetapkanlah yang terbaik untukku. Amin.

Sampai di sini sahaja, sampai bertemu lagi.

Assalamualaikum.

Comments

Popular Posts