Yamna 4

4
“Assalamualaikum, cik librarian. Saya nak pinjam buku ni” seorang pengawas sekolah berkemeja biru menyedarkan Yamna dari lamunan panjang. Istighfar meniti di bibirnya. Boleh pula berkhayal tika ini. Segaris senyuman diukir untuk pelanggan pertamanya hari ini.

Yes, Mr. Aniq. May I help you?”  Tanya Yamna mesra.

 Melayan pelanggan, haruslah mesra. Masih dalam batasan, apa salahnya? Kalau tarik muka kelat nanti, haru lah jadinya. Tak pasal-pasal seorang pelanggan berkurang. Sudahlah pihak ahli jawatankuasa perpustakaan bertungkus lumus mewujudkan pelbagai program bagi menggalakkan para pelajar berkunjung ke perpustakaan untuk meminjam buku. Kasihan mereka yang berpenat lelah merangka dan menjayakan program tersebut.

 Kerana aku seorang yang buat hal, habis usaha mereka itu sia-sia. Bukankah tidak wajar? Tidak mudah untuk menarik walaupun seorang pelanggan. Pelajar, kalau tidak dihidangkan dengan imbuhan, mana mahu mereka melibatkan diri. Apalah sangat yang boleh didapati dengan meminjam buku?

Banyak lagi aktiviti menghiburkan yang terlintas di minda daripada menghadap patah perkataan yang tercetak pada kertas yang ditemukan oleh ruas. Pelajar khususnya remaja, mahu yang seronok sahaja.
I wish to borrow this book…” Aniq menghulurkan sebuah buku. Tajuk yang terpampang di kulit buku, ‘Cintaku Setelah Allah dan Rasul’. Buku yang nipis tapi padat dengan ilmu. Karya penulis terkenal; Fatimah Syarha binti Noordin.

… for my bride” Aniq menyambung selamba. Yamna tersentak. Matanya meliar ke sekeliling ruang perpustakaan, bimbang ada yang terdengar. Seorang junior yang baru direkrut sebagai pengawas pusat sumber  yang berada di sebelah Yamna sempat menoleh. Dia tersenyum malu.  Aniq! Isy… geramnya!

Mujurlah si junior tidak tahu hujung pangkal cerita. Kalau tidak, bukan sahaja tersenyum malu, pastinya Yamna diusik sakan nanti. Aniq, sejak bila jadi heartless ni?      
  
Butir peminjam ditulis dalam buku rekod peminjaman. Nama, nombor kad ahli peminjam, tajuk buku, nombor perolehan buku dan tarikh peminjaman.

“May I have your library card, please?” Tanya Yamna sopan.

“Here, Miss Librarian” Aniq menghulurkan kadnya dengan wajah yang nakal.

“Letakkan atas meja kaunter” kata Yamna yang masih menulis.

                Aniq masih tidak melepaskan kadnya.  Menyelitkan sekeping kad itu di celahan jarinya sambil mengetuk-ngetuk meja kaunter. Seperti memaksa Yamna menyambut kad tersebut dari tangannya.

                Yamna geram. Aniq sengaja tidak mengikut arahannya. Kenapa Aniq berdegil? Tahukah Aniq, Yamna sedaya upaya mengelakkan kemungkinan untuk bersentuhan dengan lelaki mahram? Ya, Aniq imamnya. Zaujnya. Namun, tidak manis bukan jika dilihat di tempat awam?

 Oh hati, kuatkanlah istighfar!

“Mr. Aniq, please…” Yamna bertegas walaupun dalam suara yang lembut. Mata tidak langsung memandang Aniq.  Malas bermain tarik tali. Masa yang tidak sesuai. Situasi yang tidak sesuai. Tempat yang tidak sesuai!
“Why don’t you take it from my hand? Tak salah kan? Bukan bersentuhan pun” keningnya dijongketkan beberapa kali.

“Kalau tersentuh pun bukan haram…” Aniq seperti berbisik.

“Sebab tak sengaja kan, Kak Yamna? Perbuatan yang tidak disengajakan, dimaafkan Allah. Tapi lebih baik kalau selepas itu, mohon keampunan Allah” si junior; Amni begitu lurus mengingatkan.

                Yamna hendak jegilkan mata, terasa tidak patut pula. Amni berbicara perkara yang benar. Oh Amni, seandainya kamu tahu…

                Aniq menyungging sengih. Aniq hampir menang! Nampaknya si junior ini menyebelahi Aniq. Haha! Sabar ya Yamna, nanti balik rumah mengadu pada Aniq ya? Aniq juga!

“Tapi lebih baik kalau elakkan diri dari situasi yang membolehkan bersentuhan. Pilihan yang paling baik. Allah paling sayang” mata Amni bercahaya, kagum dengan apa yang keluar dari bibirnya sendiri.

“Hmmm…” hanya itu yang mampu keluar dari mulut emas Yamna yang jarang bersuara kecuali apabila perlu. Terasa kemenangan di pihak Yamna. Alhamdulillah…

                Aniq tidak terkata apa-apa. Seperti piala kemenangan yang hampir dijulang disambar oleh cenderawasih kayangan. Hampir sahaja!

“Aniq, jom balik kelas” Hadi menyapa. Memberi isyarat supaya lekas. Lama Hadi menyaksikan adegan panas berapi itu.Dan Hadi sedar, muka Yamna pun sudah seperti udang dipanggang, putih kemerah-merahan . Aniq pula, kalau tidak disapa tadi, entah bila akan berhenti usikannya. Hai Aniq, sejak bila jadi penyakat tegar ini?

Aniq menurut akhirnya. Tidak mahu menghampakan Hadi. Walaupun kalau dibiarkan tadi, dia tidak puas lagi menyakat Yamna. Suka benar!


Yamna segera menyudahkan proses peminjaman.  Mengembalikan buku kepada si peminjam. Tanpa memandang, tanpa menoleh, Yamna meletakkan buku di atas meja kaunter. Mahu ambil atau tidak, terpulang.

Bersambung...

Comments

Post a Comment

Popular Posts