Penat... Exhausted... Ya Ta'baan...
Assalamualaikum...
Pada pertemuan ini, ana ingin berkongsi desah lelah ana untuk mendapatkan sekeping kad; lesen P untuk motor.
Santai-santai sahaja ya...
Tanggal Sabtu yang lalu, saat ramai insan berada di rumah, santai dan rehat, minum petang bersama ahli usrah (keluarga), ana telah ke pusat latihan memandu untuk kali pertama test motor. Teduh pohon yang memayungi menaungi ana dari terik mentari petang sehingga kurang terasa bahangnya. Alhamdulillah...
Ana, si gadis yang baru belajar tentang undang-undang jalan raya, merasa kekok dalam sesi pembelajaran. Terasa amat ketinggalan oleh rakan yang lain, yang sudah cekap mengendalikan motor beserta peraturan yang ditetapkan.
Ana ketinggalan, ada sahaja yang tidak kena. Pokoknya letihlah. Sampai sakit-sakit tubuh ini. Mental apatah lagi. Asyik disuruh buat semula. Dan ana pun turutkan sahaja, U-turn ke titik mula. Berkali-kali... Setiap fasa ada saja yang kurangnya. Dan sungguh, ana lelah. Terasa malu, tidak berdaya di hadapan rakan-rakan. Mereka sudah pro, ana ini?
Dan bunyi wisel asyik kedengaran. Kerana apa? Kerana ana! Asyik dengan salah; isyarat tidak kena, berada di atas garisan berganda, kaki dijatuhkan (mandatori) semasa motor bergerak dan entah banyak lagi salahnya. Cukuplah...
Namun...
Ana tetap tersenyum tenang. Tidak mengeluh. Tidak mengapa kalau terpaksa buat semula. Ini baru kali pertama. Asal ana juga boleh lulus untuk memegang lesen P. Tidak mengapa kan kalau sedikit ketinggalan? Asal boleh lulus juga. Cepat atau lambat bukan caturan, yang pasti hasilnya lumayan.
Dan Allah bersama hambaNya yang sabar. Yakin dengan Allah semaksimumnya. Ini juga ujian. Maka insyaAllah ana disayangi Rabbur-Rahim kerana tanda Allah menyayangi hambaNya adalah apabila Dia memberikan ujian kepada mereka. Dan mereka akan sentiasa mohon kepadaNya untuk lulus dari ujian itu. Bukankah indah pengaturanNya? Subhanallah...
Oh ya, ana pujuk hati ana dengan zikrullah apabila diarahkan untuk kembali ke titik asal dan ana ucapkan 'alhamdulillah' apabila instruktor meluluskan. Dan terbukti berkesan. Hati tidaklah begitu perit, tubuh tidaklah terlalu sakit, kerana kepada Allah pergantungan membukit. Alhamdulillah..
Cara kita menerima takdir itu menentukan sesuatu itu adalah nikmat atau musibah.
Sampai di sini sahaja ya.
Assalamualaikum... InsyaAllah bertemu lagi di lain entry...
Seorang Muslim tidak akan menyerah kalah! Allahu Akbar!

Comments
Post a Comment