Yamna 3

Assalamualaikum

Yamna 3

3
Matematik Tambahan. Subjek yang digilai Aniq sejak melangkah ke Tingkatan Empat. Entah posyen apa yang telah tertumpah pada Aniq, sehinggakan subjek membunuh yang paling tidak digemari ramai itu sudah seperti menjadi darah dagingnya, mengalir dalam salur arteri, vena dan kapilari darahnya. Kalau sehari tidak bertemu soalan kira-kira itu, kelam dunianya. Semua kerja tidak jadi!

Ketika itu, muncullah Aniq yang blur. Lambat bertindak, respon kurang memberangsangkan dan yang paling utama; seperti otaknya seperti malas bekerja. Bagaikan soalan kira-kira itu pil perangsang minda untuk Aniq. Apakah Aniq sudah obses dengan kira-kira?

Aniq yang cerdas boleh menjadi mandom akibat tidak bertemu soalan kira-kira? Wah, topik sensasi!
Dalam ralit Aniq membanting minda menyelesaikan soalan, matanya sempat melirik figura seorang gadis di tepi tingkap. Asyik menulis nota barangkali. Pena di tangannya sesekali mengetuk lembut dahi. Kemudian terpusing-pusing pula dimainkan oleh jari yang runcing. Jari manisnya… Ah, sayangnya tiada cincin yang tersarung.

Sekolah melarang pelajar membawa barang kemas. Cincin adalah barang kemas. Jadi, cincin tidak dibenarkan di sekolah.

Cincin… Simbol perkahwinan. Kalaulah cincin dibenarkan, tentu si gadis itu menyarungkannya di jari manis nan runcing. Jari yang mulus… Tatkala itu pastinya semua orang tahu si gadis itu sudah dimiliki. Wah, bertuahnya!

Si gadis itu tidak pula terperasankan Aniq yang merenungnya. Leka sungguh nampaknya. Aduhai gadis…

“Yamna” seseorang memanggil.

Si gadis masih belum sedar. Aniq segera berpaling ke arah si pemanggil. Seorang pemuda.
“Yamna!” kali ini lebih tegas.

“Ya?” pandangan dipisahkan dari buku. Tertoleh-toleh mencari si pemanggil. Sehingga bertemu pandang dengan si pemilik suara. “Kenapa?”

“Hmmm… Tak ada apa-apa” si pemuda hanya tersenyum kambing. Memandang lama Yamna dengan pandangan yang tidak dapat Yamna tafsirkan maksudnya. Sungguh misteri.

                Yamna kembali fokus kepada bahan bacaan. Mengutip kata kunci dan isi penting untuk dimuatkan  sebagai nota ringkas. Senang nanti dibawa ke mana-mana.

“Yamna” sekali lagi nama Yamna diseru. Oleh si penyeru yang sama; Wafiq.

Kali ini Yamna hanya menjongketkan kening sebagai isyarat bertanya ‘mengapa?’.

“Hmmm… Err… Yamna sihat hari ini?” Wafiq tersengih seperti kerang busuk yang meloyakan. Uwek!

                Panggil semata-mata hendak bertanyakan kesihatan? Apakah pucat wajah Yamna? Atau fizikalnya nampak seperti tidak bermaya? Sungguh tidak logik soalan yang ditanyakan oleh Wafiq. Pelik benar. Aniq yang memandang pun berkerut-kerut wajahnya, apatah lagi Yamna yang ditanya.

                Segera menyelamatkan suasana, Aniq berdiri lalu merapati Wafiq.

“Eh Wafiq, kau tolong tengokkan kejap pengiraan aku ni. Aku rasa ada yang tak kena lah. Pelik je jawapan aku ni” Aniq bersuara mengalihkan perhatian Wafiq.

                Hendak tak hendak, terpaksalah Wafiq melayan Aniq. Tak kan hendak mengusir pula. Tiada sebab yang munasabah pun.

                Yamna pula segera keluar kelas dengan alasan hendak ke perpustakaan dengan membimbit sebuah buku dan bekas pensel  pinknya. Aniq memandang lega. Pandangan jatuh kepada Wafiq semula. Wafiq ini hendak masuk jarumkah? Yamna itu sudah berpunya, tahu?

                Menonong keluar kelas, Yamna bukan benar-benar hendak ke perpustakaan. Tiada urusan penting pun. Waktu rehat belum tiba, tugasnya sebagai pengawas pusat sumber belum bermula.  Hanya melarikan diri dari situasi panas. Yamna mengibas-ngibas tudung sekolah berwarna hijau yang labuh.

                Kaki terhenti di hadapan pintu perpustakaan. Sudah sampai rupanya. Iyalah, minda asyik mencuci bersih situasi yang tidak pernah diingini itu sehingga tidak sedar kaki telah di‘navigasi’ ke destinasi helah.

                Sudah berada di hadapan perpustakaan, masuk saja lah. Daripada berpanasan merayau entah ke mana, lebih baik berada di dalam perpustakaan. Ada air cond lagi. Nyaman bukan? Dan ada tempat yang selesa untuk belajar.

 Ditambah perisa dengan pemandangan mengilhamkan oleh buku-buku yang tersusun di rak.  Heaven of books! Serta suasana senyap perpustakaan. Tranquility…  Wah, sejuk mata memerhati! Ketenangan meresap dalam diri. Subhanallah!

Masuk saja perpustakaan, Yamna terus ke kaunter. Biasanya, inilah port Yamna menyorok. Kaunter ini, hanya pelajar yang berkenaan sahaja yang dibenarkan masuk. Orang sembarangan adalah dilarang. Fuh! Selamat juga akhirnya.

Sambil menunggu waktu rehat tiba dan tugasnya bermula, Yamna kembali fokus pada kerja tergendala. Mencatat nota ringkas untuk kegunaan dirinya. Nota ini, untuk kini tidak kelihatan sangat peranan dan sumbangannya, tapi apabila ujian menghampiri, nota inilah yang dicari bagai lombong emas. Bagai orang hilang anak pun ya juga. Bagai orang kebulur tidak makan sebulan pun benar agaknya.

Terdesak dan ketandusan masa. Maka tika itulah nota ringkas yang dipandang enteng sesetengah pelajar muncul sebagai penyelamat dunia. Membekalkan peringatan saat akhir sebelum melangkah ke dewan peperiksaan; medan pertempuran antara pelajar dengan soalan. Jelas, nota-nota sebegini besar jasanya.

 Isu menang atau tewas, pelajar yang pilih. Menang apabila pelajar dapat memenuhi kehendak soalan dengan yakin dan tepat jawapannya. Tewas apabila pelajar termangu-mangu sendirian tidak berjaya memberikan jawapan yang dikehendaki.

 Mahu menang atau tewas?

Mahu lulus atau gagal?

Mahu bersorak gembira atau menangis sedih?


Terpulang.

Bersambung...

Comments

Post a Comment

Popular Posts