Yamna 3
Assalamualaikum
Yamna 3
Yamna 3
3
Matematik Tambahan. Subjek yang digilai
Aniq sejak melangkah ke Tingkatan Empat. Entah posyen apa yang telah tertumpah
pada Aniq, sehinggakan subjek membunuh yang paling tidak digemari ramai itu
sudah seperti menjadi darah dagingnya, mengalir dalam salur arteri, vena dan
kapilari darahnya. Kalau sehari tidak bertemu soalan kira-kira itu, kelam
dunianya. Semua kerja tidak jadi!
Ketika itu, muncullah Aniq yang blur. Lambat bertindak, respon kurang memberangsangkan
dan yang paling utama; seperti otaknya seperti malas bekerja. Bagaikan soalan
kira-kira itu pil perangsang minda untuk Aniq. Apakah Aniq sudah obses dengan
kira-kira?
Aniq yang cerdas boleh menjadi mandom
akibat tidak bertemu soalan kira-kira? Wah, topik sensasi!
Dalam ralit Aniq membanting minda
menyelesaikan soalan, matanya sempat melirik figura seorang gadis di tepi
tingkap. Asyik menulis nota barangkali. Pena di tangannya sesekali mengetuk
lembut dahi. Kemudian terpusing-pusing pula dimainkan oleh jari yang runcing.
Jari manisnya… Ah, sayangnya tiada cincin yang tersarung.
Sekolah melarang pelajar membawa barang
kemas. Cincin adalah barang kemas. Jadi, cincin tidak dibenarkan di sekolah.
Cincin… Simbol perkahwinan. Kalaulah
cincin dibenarkan, tentu si gadis itu menyarungkannya di jari manis nan
runcing. Jari yang mulus… Tatkala itu pastinya semua orang tahu si gadis itu
sudah dimiliki. Wah, bertuahnya!
Si gadis itu tidak pula terperasankan Aniq
yang merenungnya. Leka sungguh nampaknya. Aduhai gadis…
“Yamna” seseorang memanggil.
Si gadis masih belum sedar. Aniq segera berpaling ke arah si
pemanggil. Seorang pemuda.
“Yamna!” kali ini lebih tegas.
“Ya?” pandangan dipisahkan dari buku. Tertoleh-toleh mencari si
pemanggil. Sehingga bertemu pandang dengan si pemilik suara. “Kenapa?”
“Hmmm… Tak ada apa-apa” si pemuda hanya tersenyum kambing. Memandang
lama Yamna dengan pandangan yang tidak dapat Yamna tafsirkan maksudnya. Sungguh
misteri.
Yamna kembali
fokus kepada bahan bacaan. Mengutip kata kunci dan isi penting untuk dimuatkan sebagai nota ringkas. Senang nanti dibawa ke
mana-mana.
“Yamna” sekali lagi nama Yamna diseru. Oleh si penyeru yang sama;
Wafiq.
Kali ini Yamna hanya menjongketkan kening sebagai isyarat bertanya
‘mengapa?’.
“Hmmm… Err… Yamna sihat hari ini?” Wafiq tersengih seperti kerang
busuk yang meloyakan. Uwek!
Panggil
semata-mata hendak bertanyakan kesihatan? Apakah pucat wajah Yamna? Atau
fizikalnya nampak seperti tidak bermaya? Sungguh tidak logik soalan yang
ditanyakan oleh Wafiq. Pelik benar. Aniq yang memandang pun berkerut-kerut
wajahnya, apatah lagi Yamna yang ditanya.
Segera
menyelamatkan suasana, Aniq berdiri lalu merapati Wafiq.
“Eh Wafiq, kau tolong tengokkan kejap pengiraan aku ni. Aku rasa ada
yang tak kena lah. Pelik je jawapan aku ni” Aniq bersuara mengalihkan perhatian
Wafiq.
Hendak tak
hendak, terpaksalah Wafiq melayan Aniq. Tak kan hendak mengusir pula. Tiada
sebab yang munasabah pun.
Yamna pula
segera keluar kelas dengan alasan hendak ke perpustakaan dengan membimbit
sebuah buku dan bekas pensel pinknya. Aniq memandang lega. Pandangan
jatuh kepada Wafiq semula. Wafiq ini hendak masuk jarumkah? Yamna itu sudah
berpunya, tahu?
Menonong keluar
kelas, Yamna bukan benar-benar hendak ke perpustakaan. Tiada urusan penting
pun. Waktu rehat belum tiba, tugasnya sebagai pengawas pusat sumber belum
bermula. Hanya melarikan diri dari
situasi panas. Yamna mengibas-ngibas tudung sekolah berwarna hijau yang labuh.
Kaki terhenti
di hadapan pintu perpustakaan. Sudah sampai rupanya. Iyalah, minda asyik
mencuci bersih situasi yang tidak pernah diingini itu sehingga tidak sedar kaki
telah di‘navigasi’ ke destinasi helah.
Sudah berada di
hadapan perpustakaan, masuk saja lah. Daripada berpanasan merayau entah ke
mana, lebih baik berada di dalam perpustakaan. Ada air cond lagi. Nyaman bukan? Dan ada tempat yang selesa untuk
belajar.
Ditambah perisa dengan pemandangan
mengilhamkan oleh buku-buku yang tersusun di rak. Heaven
of books! Serta suasana senyap perpustakaan. Tranquility… Wah, sejuk mata
memerhati! Ketenangan meresap dalam diri. Subhanallah!
Masuk saja perpustakaan, Yamna terus ke
kaunter. Biasanya, inilah port Yamna
menyorok. Kaunter ini, hanya pelajar yang berkenaan sahaja yang dibenarkan
masuk. Orang sembarangan adalah dilarang. Fuh! Selamat juga akhirnya.
Sambil menunggu waktu rehat tiba dan
tugasnya bermula, Yamna kembali fokus pada kerja tergendala. Mencatat nota
ringkas untuk kegunaan dirinya. Nota ini, untuk kini tidak kelihatan sangat
peranan dan sumbangannya, tapi apabila ujian menghampiri, nota inilah yang
dicari bagai lombong emas. Bagai orang hilang anak pun ya juga. Bagai orang
kebulur tidak makan sebulan pun benar agaknya.
Terdesak dan ketandusan masa. Maka tika
itulah nota ringkas yang dipandang enteng sesetengah pelajar muncul sebagai
penyelamat dunia. Membekalkan peringatan saat akhir sebelum melangkah ke dewan
peperiksaan; medan pertempuran antara pelajar dengan soalan. Jelas, nota-nota
sebegini besar jasanya.
Isu
menang atau tewas, pelajar yang pilih. Menang apabila pelajar dapat memenuhi
kehendak soalan dengan yakin dan tepat jawapannya. Tewas apabila pelajar
termangu-mangu sendirian tidak berjaya memberikan jawapan yang dikehendaki.
Mahu menang atau tewas?
Mahu lulus atau gagal?
Mahu bersorak gembira atau menangis sedih?
Terpulang.
Bersambung...
Sambung2! Syok! Best! 4 1/2 bintang kami bagi! :3
ReplyDeletesyukran2! tq sudi baca!
ReplyDelete