Raya! Raya! Raya! part 2
Sambungan cerita..
Bila air dah stop terus tu, saya dah panik. Cepat-cepat pakai telekung dan semua kelengkapan tu (saya tak bawa tudung, sarung telekung je). Terus keluar dari tempat ambil wudhu' dan bergegas jumpa umi yang tengah solat sunat tahiyyatul masjid. Tunggu untuk beberapa detik... Lepas umi habis solat, terus beritahu yang wudhu' tak sempat ambil lagi. Umi cadangkan tumpang ambil wudhu' kat rumah jiran a.k.a. rumah mak saudara umi dengan alasan rumah tu lebih dekat, so jimatlah masa sikit. Tapi, saya dah blur waktu tu, time solat raya makin hampir, astaghfirullah!
Keluar je dari masjid, kaki terus melangkah tanpa hiraukan sekeliling. Saya rasa saya sorang je yang melawan arus, orang lain semua tuju ke masjid. Mata dah nampak rumah yang dimaksudkan, tapi kaki terus melangkah ke rumah tok. Astaaghfirullah.. memang blur sangat waktu tu!
Sampai kat rumah, terus masuk bilik air. Berwudhu' dengan perasaan yang bercampur baur. Keluar dari bilik air, terus sarung telekung. Sampai je kat persimpangan, dah dengar tok imam baca surah (tak pasti surah apa, antara dengar dan tidak je, lagipun jasad je kat situ, minda dan hati dan menerawang entah ke mana). Then, patah balik ke rumah tok, masuk bilik. Untuk sementara tu, minda mula berfikiran rasional. Neuron eferen dihantar ke reseptor untuk tindak balas.
Akhirnya, cuba teka apa yang saya capai? Bantal? Kuih raya? TV? No! No! No! Tangan saya mencapai tikar sujud (sejadah) untuk buat solat sunat raya walaupun tak sempat berjemaah kat masjid. Tahu apa hipotesis minda saya? Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. That's all, simple tak? Ya, agak kecewa bila tak dapat kejar jemaah, tapi solat sendirian lebih baik dari tak buat lansung, kan?
Dengan rendah hati, saya solat raya sendirian berbekalkan cara solat yang pernah saya belajar. Lepas habis solat raya, saya tampung dengan solat dhuha dan solat sunat hajat. Ya, saya nangis gak, minta Allah ampunkan saya yang banyak dosa ni, selalu abaikan amanah sebagai seorang hamba. Then, saya baring, saya tak boleh tidur apatah lagi dengan batuk-batuk (saya kurang sihat time tu). Tekalah apa yang teman saya time tu? Kucing? Tak. Hanya zikrullah. Hati saya makin tenang selepas dilanda gelora tsunami berkat penawar kalimah tauhid. Hmm.. penawar ni sentiasa ada, cuma orang tertentu yang Allah pilih je yang boleh dapatkan penawar ni. Alhamdulillah, semoga saya salah seorang daripadanya.
Agak lama juga, barulah keluarga dari masjid pulang. Diaorang bertanyakan saya, kenapa tak ke masjid? Saya cuma senyum dan jawab, "Tak sempat"
Well, sedih dan menyayat hati kan riwayat ni? Ambil ya walaupun hanya ada secebis manfaat dari kisah ni. Saya buka alim ulama, apatah lagi orang yang dijanjikan syurga kepadanya. Saya hanya gadis biasa dengan ilmu yang tidak seberapa, namun ada cita-cita untuk menjadi bidadari syurga. Rasional tak? Semoga Allah menerima ibadah kita semua, insyaAllah..
Raya ni, tak sempat bergambar sekeluarga. Even sekeping gambar pun tak ada. Hmm.. tapi setiap yang melewati bebola mata tetap terakam dan tersimpan di minda, insyaAllah..
So, sampai di sini saja, masaa al-khoir! Selamat menikmati petang bersama yang tersayang, kalau anda berseorangan sekalipun, you still have Him.. Manfaatkan setiap denyutan nadi anda, kerana ia bakal terhenti apabila waktunya tiba.. Cheers..
Assalamualaikum..

Kita geng la awak.. :/
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDelete