I'm Imanina / Kehilangan yang terasa

Assalamualaikum..

Bismillahirahmanirrahim..

Masaa al-khoir.. (selamat petang)

Pertama kali menulis blog, agak terkial-kial dan kekok rasanya..

I'm trying to do my best.. Harap-harap akan berjaya..

Actually apa yang nak disampaikan? (sejenak berfikir)

1 saat berlalu..

1 minit telah pergi..

1 jam meninggalkan diri..

1 jam? Oh, no!

 Menyemak semula data-data yang tersimpan di minda.. (lambatnya sistem ni!)

It's okay, lets story mory first! Kita mulakan dengan kejadian yang masih fresh di ingatan, iaitu kemalangan jalan raya yang telah merentap sebutir permata SMKAA kelmarin. Al Fatihah..

Saya kurang arif bila kemalangan tu berlaku (ada yang cakap waktu malam, ada pula yang kata waktu pagi, so wallahu a'lam. Beliau disahkan meninggal dunia lebih kurang jam 4.00 pagi waktu tempatan). Siapa tak kenal Senior Ismi Mursyid, pelajar tingkatan 6 atas 2013? Seorang yang begitu dekat dengan warga SMKAA, tanyalah sesiapa pun, pasti nama senior itu pernah hadir di minda mereka. Terutama para guru yang sudah banyak mencurahkan ilmu kepadanya. Seorang pelajar yang baik pasti akan dikenang sentiasa. Ketiadaannya pasti terasa, hanya Allah yang tahu jerih pilunya. SMKAA kehilangan da'ie yang hebat, qari yang cemerlang dan yang utama, seorang soleh yang dididik dengan biah soleh dan tarbiyah mahmudah. Apatah lagi kepada keluarga allahyarham.

Ya, rasa sebak memenuhi ruangan fb dengan update tentang kehilangan senior itu. Hampir semua yang mengenali senior itu meluahkan rasa terkilan dan rasa tidak percaya. Saya sendiri pun ragu-ragu saat dikhabarkan kehilangannya. Betul ke dia dah tak ada? Ke main-main je ni? Perkara penting begini, mana boleh dibawa bercanda?

Walau apa pun, jenazah sudah selamat dikebumikan. Kehilangan ini tentu kukuh terpahat di ingatan warga SMKAA.

Apabila diimbas dengan lebih teliti, terdapat banyak yang boleh dikupas dengan lebih.. (I don't find the proper word, can you just ignore it, please?) Mengenai senior tersebut, allahyarham meninggal di dalam bulan Ramadhan (banyak keberkatan oo..), di dalam sepuluh Ramadhan terakhir (lebih lagilah keberkatanya..) dan pada 27 Ramadhan (saya tak jumpa apa keistimewaannya, maaf ya. tapi saya rasa tarikh ni special, can you help me?)  Dan cuba awak fikir, setuju tak kalau saya katakan yang Allah memang pilih dia untuk bertemu dengannya pada saat itu? (Pastikan jawapan awak setuju!)

Apa-apa pun, seorang da'ie yang hebat telah dijemput Allah, of course Allah lebih sayangkan dia. Dan 'tinta imanina' bila pula? Wallahu a'lam.. Mari perbaiki diri ke arah yang lebih baik, insyaAllah..

Semalam sempat ke wall 'Ismi Mursyid' di fb (tak nak berhenti lagi rupanya..),  mengenang hari-hari terakhir beliau, sempat pula tu upload gambar-gambar lama dia kelmarin dulu di wall-nya. Ya, terlalu baru.. untuk merasai satu kehilangan.. sungguh tidak terduga. Kehilangan yang sungguh terasa.. redhalah wahai Tinta Imanina.. Allah berhak atas segalanya.. Dia tahu yang terbaik untuk setiap hambaNya..

Oh ya! (ish, tak nak berhenti ke cik kak oi?) Saya telah terjumpa sebuah hadis yang berjaya memulihkan semangat saya semula. Harap dapat berkongsi bersama..

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Bagi mereka yang telah melaksanakan ibadah puasa, untuknya ada dua kegembiraan. Pertama, pada ketika berbuka. Kedua, ketika menghadap Ilahi" (Al-Hadith)

Sekian sahaja,

Tinta Imanina

Assalamualaikum..

Comments

  1. ad yg brpndapat 27 hb ni tarikh lailatul qadar,,
    al-fatihah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts