Perfect Family?!

Assalamualaikum..

InsyaAllah, kita akan membincangkan topik sensasi pada abad kini..

Jujur, saya mengimpikan sebuah keluarga yang perfect; suami yang soleh, anak-anak yang soleh dan solehah, rumah tangga yang bahagia dan apa-apa sahaja yang sempurna bagi diri saya.

Tidakkah terlalu awal untuk memikirkan soal yang huge sebegini? Amboi, miang keladinya dia? SPM entah ke mana, ada niat nak bina keluarga? Ya, mungkin inilah antara suara-suara yang kedengaran apabila saya; seorang gadis yang masih belajar mengutarakan hal ini. Syukran, sekiranya anda mengungkapkan ayat-ayat seumpama tadi waima di hadapan saya, insyaAllah saya akan menerima lontaran pandangan anda itu dengan hati yang ikhlas dan terbuka. Dan, saya berdoa agar saya sempat menghadiahkan senyuman paling manis dengan minda yang positif untuk anda sekalipun anda hanya menjongketkan kening selepas membaca perkongsian ini.

Mari kita ulas bersama. Supaya manfaatnya sama rata. Ya, anda hanya perlu membaca dan jikalau sudi, silalah berikan komen walaupun hanya sekadar lintasan hati. Ayuh, gelanggang perbentangan sudah dibuka.

Miang? Itulah perkataan yang sering diucapkan apabila remaja bawah umur bersuara tentang perkahwinan. Sedarkah anda, kebahagiaan bermula dengan perancangan awal? Ya, sebahagian dari anda mungkin terlintas agak terlalu awal untuk memikirkan sebuah perfect family bagi kami yang belum cukup umur ini.

Hmm.. beginilah. Seorang gadis boleh melatih dirinya untuk menjadi sebahagian dari perfect family dengan mensolehahkan diri. Kurang jelas? Baiklah, jika seseorang gadis itu memang berkehendakkan sebuah keluarga yang sempurna, sudah teranglah dia juga perlu menjadi sempurna. Setuju? Justeru, dalam konteks Islam dan kontemporari, seseorang gadis itu perlu menjadi solehah serta melengkapkan diri dengan sebanyak-banyaknya ilmu dan pengalaman (boleh diambil iktibar dari sekeliling) untuk mewujudkan keluarga yang sempurna bagi dirinya. Mawaddah, rahmah dan sakinah sudah pasti akan menaungi dengan izin Al-Azim. Dan, insyaAllah hasilnya akan memekar dan tersebar luas.

'if you built a castle on the air, your work need not to be lost, just put foundation under it'

Walau apa sekalipun, perlu ditegaskan bahawa perkahwinan ada pasang surutnya. Janganlah asyik memikirkan manisnya perkahwinan sehingga mengabaikan tanggungjawab dan amanah yang sedia terpikul. Jangan pula sampai tidak melakukan apa-apa persediaan kerana yakin akan kesolehan diri dan hanya mengharapkan yang terbaik dari sebuah perkahwinan tanpa sedikit pun mempertimbangkan risiko dan kemungkinan.

'work for the best, prepare for the worst'

Hendak membimbing anak bukannya senang, hendak sentiasa dibelai pun bukan mudah. Cuma satu prinsip yang boleh digenggam bersama; hanya lakukan yang terbaik. Pasti Allah mempermudahkan segala urusan. Allahumma yassir wa la tu'assir...

Sebelum mengakhiri tinta ini, pesanan kalbu mengiringi pergi. Sebelum memikul amanah baharu, pastikan yang sedia terpikul sudah dilaksanakan sebaiknya. Hargailah yang kita miliki sekarang kerana belum tentu yang kita impikan sempat menjadi kenyataan.. Salam 'bayu rindu menyapa kalbu'..

Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts