Perfect-Perfectionist-Perfectionism

Assalamualaikum..

Semoga anda sentiasa dinaungi rahmatNya..

Perfect.. Siapa yang tidak mahu segalanya sempurna? Dari soal rutin harian sehinggakan soal kerja, tentu sahaja ada yang pernah terdetik 'kalaulah aku boleh buat benda ni dengan sempurna' atau apa-apa sahaja ungkapan mahupun lintasan hati yang turut bermaksud sedemikian. Maaf, anda tidak keseorangan.

Perfectionist.. Saya pernah mendapat gelaran sedemikian oleh kerana saya terlalu mementingkan kesempurnaan dalam hal-hal yang tertentu. Mungkin pada fizikal luarannya, agak sukar untuk mengesan perkara ini. Hanya yang benar-benar rapat sahaja yang dapat melihat sikap ini pada diri seseorang. Orang yang mementingkan kesempunaan ini sentiasa ada dalam heterogen lapangan. Mungkin anda salah seorang daripadanya?

Perfectionism.. keadaan yang membuat sesuatu itu menjadi sempurna. Seorang perfectionist tidak akan dapat lari dari perfectionism selagi dia masih dengan sifat begitu..

Apa mesej sebenarnya? Sebetulnya, tiada yang serius pun. Tapi, masalah akan lebih parah apabila seseorang itu terlalu mengamalkan perfectionism dalam bermasyarakat dan bersosial. Maaf ya, manusia dijadikan tidak sempurna dan perlu saling melengkapi untuk menjadikan sesuatu itu lebih baik. Tidak ramai yang boleh menerima keadaan perfectionism ini. Yang mana segalanya wajib sempurna, tiada cacat celanya dan tidak boleh berlaku sebarang kesalahan atau ketidakcukupan sekalipun untuk perbezaan terkecil.

Ya, saya sedia maklum, dari lapangan mana sekalipun, perbezaan yang kecil boleh membawa impak yang sangat besar. Apatah lagi untuk mereka yang bergelumang dalam bidang kejuruteraan nuklear, sedikit perbezaan yang sangat kecil berpotensi untuk menjadikan sesuatu bandar atau daerah itu seperti 'padang jarak, padang tekukur' tidak sampai sekelip mata sekalipun.

Beginilah, secara ringkasnya perfectionism itu perlu ada untuk memastikan setiap tugas yang dilakukan diselenggara dengan baik, agar hasilnya lebih efektif dan aula kemajuan serta kejayaannya. Namun, untuk perkara yang remeh serta tidak memerlukan penelitian, perfectionism itu wajar dikurangkan.

Setakat ini sahaja yang sempat dikongsi bersama. Harap mana yang kurang itu, silalah dengan penuh tatatertib dan tatacaranya untuk menampung ketidaksempurnaan itu.

Salam 'not-to-be-so-perfectionist'..

Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts