5 Othman.. you taught me a lot
Assalamualaikum..
Maaflah entry dia tak berapa nak best.. orang tertentu je yang tahu dan berkenaan tapi saya nak paparkan juga untuk anda..
Waktu first dapat tahu saya akan ditempatkan di kelas tersebut, maaf saya katakan hati saya dah bergelora, membayang kan wajah umi, tanggapan kawan-kawan dan yang paling utama, keadaan saya nanti. Ya, saya tahu salah saya semua ni berlaku, dan saya pasrah. Dah salah sendiri, kenapa nak blame orang lain pula, kan?
Untuk awal kemasukan, astaghfirullah.. Bermacam konflik timbul, terutamanya konflik dalaman, konfik jiwa. Saya rasa masa depan saya gelap, kelam, tak nampak sepicing sinar pun. Saya rasa tak layak untuk bercampur dengan pelajar kelas pertama. Saya rasa rendah diri, saya ini tidak sama taraf dengan mereka. Huh.. (mengeluh). Kosong.. itulah perasaan yang saya rasa pada bulan-bulan pertama. Saya jauhkan diri dari 'Geng 4 Sekawan', far, far away. Ya, mungkin saya tak boleh terima kenyataan.. Diaorang layan saya baik je, macam selalu. Tapi saya yang wujudkan benteng, seumpama Tembok Besar China yang gah itu. Mungkin diaorang ada rasa terkilan atas perbuatan saya.. tapi saya nak buat macam mana? Saya rasa tak layak..
Setelah lebih beberapa bulan, saya rasa saya tak boleh kekal begitu, saya kena berubah! Berada di kelas pertama tidak menjamin kejayaan! Pelajar kelas lain pun ada harapan yang sama, boleh berjaya juga. Bukan kelas yang menentukan kecemerlangan, tapi USAHA! Actually, itu yang sahabat-sahabat dan kawan-kawan saya katakan berulang-ulang kali tapi waktu itu saya tak boleh terima. Masih dikaburi dengan rasa bersalah yang menebal.
Then, saya usaha sikit-sikit. So, pencapaian pun sikitlah. Tapi, cukuplah untuk buatkan diri bangga sebab saya tahu saya boleh berjaya. But kena usaha banyak lagi lah, ye?
Enough of that, saya telah membuat beberapa inferens tentang kisah tragis ni. Pertama, berkaitan mentaliti sebahagian masyarakat tentang hieraki kelas atau apa-apa sajalah tahap pendidikan atau level sesuatu yang dah ditetapkan arasnya. Kita sedang membincangkan situasi dalam skop sekolah jadi perkara dominan ialah hieraki kelas. Maaf jika tajuk ini agak hot, talian suam-suam kuku tidak dibuka ya pada hari ini. Mohon maaf kepada sesiapa yang kurang mengerti jenaka ini. Sorry..
Berbalik kepada perbincangan kita, masyarakat sering kali memandang enteng terhadap kelompok pelajar yang bukan dari kelas pertama. Mereka dianggap seperti pelakon tambahan atau lebih mesra dengan 'pak pacak' dalam institusi pembelajaran. Mereka kurang diberi perhatian dan kadang-kala suara mereka kurang didengari oleh pihak pendidik atau pihak atasan. Betul tak?
Inferen yang kedua, sekelompok pelajar yang bukan berada di kelas pertama merasakan mereka tidak layak untuk berjaya. Sehinggakan ada sesetengah yang merasakan usaha mereka ada sia-sia, jadi tidak perlulah berusaha semaksimumnya kerana usaha pun tiada gunanya. Mentaliti para pelajar ini telah dipengaruhi dan dicemari oleh golongan masyarakat yang pertama tadi. Mereka telah kehilangan semangat untuk terus berjuang di medan peperangan akedemik dan hanya menumpukan kepada kokurikulum. Malah sebahagiannya tidak langsung melibatkan diri dalam apa-apa jua penglibatan sehingga menjejaskan peluang mereka untuk ke pusat pengajian tinggi.
Cukup lah sekadar dua inferen, saya hanya memberi pandangan dari perspektif kaca mata seorang gadis pingitan. Andai terkhilaf bicara, maaf dihulurkan. Jika ada yang kurang setuju dengan pendapat saya, boleh lah memberikan komen seikhlas mampu. Salam cakna intelek.

sungguh menginsafkan..syukran ukhti :)
ReplyDeleteSalam, afwan.. Terima kasih sudi menjenguk blog ana :)
Delete