Fikrah Hamra Bab 14
Bab 14
Hamra menyendukkan nasi
goreng ke dalam pinggan tok, kemudian ke dalam pinggannya sendiri. Dari ekor
mata, dia terlihat kelibat Dee yang sedang menyorok di balik dinding. Sekejap
terjengul kepalanya, sekejap menyorok pula. Macam kura-kura!
“Awat dok sembunyi situ?”
Tok terlebih dahulu menegur.
Lambat-lambat Dee keluar
daripada persembunyian. Di wajahnya terlekat senyuman kerang busuk.
“Selamat...” Hamra tidak
dapat meneruskan kata apabila terlihatkan kain batik yang Dee pakai senteng sebelah.
Berambut pendek macam
lelaki, tapi kain batik senget sebelah. Aduhai...
“Laa... Awat pakai lagu tu?” Tanya Hamra dalam ketawa yang
masih bersisa.
“Tak reti pakai...” Dee
menunduk. Malu.
“Bukan kak hang dah ajaq semalam?”
Dee cuma membisu.
“Dah. Tak apa lah. Nanti kak
hang ajaq lain. La ni, makan dulu. Sedap ni, kak hang masak”
Dee senyum nipis. Sudu
dicapai.
Jeda.
“Malam semalam...” Hamra
membuka mulut. Teringat yang dia masih hutang cerita dengan tok.
“Waktu Hamra nak tutup lampu
kipas kat masjid tu, tiba-tiba rasa bahu kena tepuk”
“Sapa dia tepuk?” tok
mencelah.
“Tu la. Waktu mula-mula
Hamra tengok, semua orang dah balik. Tinggal Hamra sorang saja waktu tu. Dah
lah gelap. Berdebar juga lah. Dalam hati, dok berdoa tak mau la jumpa yang
pelik-pelik. Hati ni bukan kuat sangat pun”
Hamra kerling Dee.
Tersenyum-senyum dia.
“Bila toleh, nampak satu
kelibat ni dok hulur Al-Quran. Tak kan ‘benda’ tu pulak kan. Rasa berdebar tu
hilang lah, rasa pelik pulak mai. Dok pikiaq orang depan Hamra ni lelaki ka
perempuan”
“Saya lah tu” Dee mengaku,
kemudian tunduk kembali.
“Awat hang tepuk bahu dia?”
“Dak la, saya nampak kak
Hamra macam tertinggal Al-Quran dia. Jadi saya panggillah dia. Banyak kali saya
panggil, dia tak respon pun. Saya tepuk lah bahu dia bagi dia perasan” Dee
menjawab sambil cuba meniru loghat utara yang tak jadi. Semakin pelik pula
bunyinya.
“Orang bukan tak perasan,
tapi orang takut nak toleh. Takut bukan orang yang panggil”
Dee senyap. Tok pun diam.
Huish! Seram pulak tiba-tiba sunyi macam ni.
Satu saat.
Dua saat.
Tiga saat!
“Tok nak air?” Hamra
terpaksa bersuara untuk mengusir situasi yang kekok itu.
“Haa... boleh juga. Tuang kat
Dee sama” Mujur tok bagi reaksi. Kalau tak, bertambah gelisah Hamra jadinya.
Mereka mula bersembang
tentang isu sekitar. Dee pun sudah ringan mulut. Seronok dia tumpang
sekaki.Baguslah dia sudah mampu beri respon positif.
Perbualan mereka terhenti
tatkala mendengar bunyi telefon dari jauh. Serentak tok dan Dee berpaling
kepada Hamra.
Hamra menolak kerusi ke
belakang, bergegas mencapai telefonnya. Telefon sebesar tapak tangan itu
dilekapkan ke telinga.
“Hamraaa!” Belum sempat
salam diberi, suara di sana telah bergema dahulu.
“Assalamualaikum, Aisya?”
“Waalaikumsalam! Sampai hati
kau Hamra, kau tinggalkan aku? Kenapa kau tak cakap kau nak balik Malaysia? Kau
lupakan aku? Siapa aku di hatimu?!”
Amboi, macam menerima
panggilan daripada kekasih pula! ‘Siapa aku di hatimu?’ Orang boleh salah faham
ni!
Peluru soalan berdas-das
yang ditembak Aisya tidak memberi peluang untuk Hamra menjawab.
“Sabarlah dahulu. Istighfar.
Tenangkan diri. Tarik nafas. Hembus. Tarik... Hembus...”
“Aku bukan nak suruh kau
ajar aku yoga atau teknik pernafasan yang betul. Aku tanya, kenapa kau balik
Malaysia tanpa bagitahu aku?!”
Nampaknya Aisya masih belum
puas hati.
“Well...” Lagak Hamra seperti dahulu. Sangat sukar untuk menebak apa
yang berkelah di fikirannya.
“Apa well-well? Mujur kau jauh, kalau tak dah lama aku ‘ketam’kan kau!”
Marah Aisya tidak sabar.
“Apa ketam-ketam? Huh!”
Hamra pula beremosi.
“Ketam masak lemak cili api lah!” Entah apa
yang Aisya mengarutkan.
“Mana boleh! Cili api habis,
ada cili burung je! Cili besar pun habis!” Hamra pun ikut ting-tong.
“Habis, santan ada tak?!”
“Santan tak sempat nak
perah! Kelapa kat pokok lagi. Tak ada orang nak panjat. Kau nak panjat?!”
“Habis, tak boleh masak lah
ni?!”
“Ha! Tak boleh!”
“Pastu aku nak makan apa?”
“Pergilah beli!”
“Sudahlah kau!” Aisya malas
hendak layan Hamra lagi.
“Aku mana sudah lagi! Tengah
sarapan dengan tok”
“Oh, tengah sarapan ya?”
Terus lembut suara Aisya.
“Hmmm” Malas Hamra hendak
menjawab.
“Boleh cakap dengan tok
sekejap? Rindu!” Aisya ketawa di hujung talian.
“Tak boleh! Tok aku, bukan
tok kau!” Sempat Hamra menyakat.
“Alaaa... Kau ni! Jahat
tau!”
Hamra menghulurkan telefon
kepada tok.
“Assalamualaikum. Hmmm...
Aisya. Riuh tadi tok dengar” Tok memerli, tapi macam angin lalu saja. Tak
menusuk kalbu.
Seperti terdengar Aisya
ketawa. Kemudian mengadu kepada tok. Rajin pula tok melayan bicara si Aisya,
sampai terangguk-angguk.
“Aisya, kau jangan nak
lebih-lebih ya!” Hamra memberi amaran dari jauh.
“Hmmm, itulah. Hamra memang
nakal pun”
Tok menjauhkan telefon dari
telinganya sedikit. Kemudian wajah Hamra dicari.
“Aisya kata Hamra nakal” Tok seperti berbisik
kepada Hamra. Kemudian telefon kembali dilekapkan.
Hamra membulatkan mata.
‘Nanti lah kau Aisya!’ Hamra
menggumam sendiri.
Tok menyambung perbualan
untuk beberapa ketika sebelum memberikan telefon kepada Hamra.
“Hah! Kau mengadu apa dengan
tok?” Sinis soalan Hamra. Sambil itu, dia bangun untuk membawa pinggan ke
sinki.
“Aku cakap kau baik,
sopan...”
“Boleh percaya ke? Macam
lain saja yang aku dengar” Macam lah Hamra tidak dengar Aisya berbual dengan
tok.
“Tak percaya tanya tok” Ucap
Aisya bersungguh.
Sabda Rasulullah,
“Aku dapat menjamin sebuah
rumah di taman syurga untuk orang yang meninggalkan pertengkaran, meskipun ia
benar. Dan menjamin sebuah rumah di pertengahan syurga, bagi orang yang tidak
berdusta meskipun bergurau. Dan menjamin sebuah rumah di bahagian yang tinggi
di syurga bagi orang yang baik budi pekertinya” (Riwayat Abu Daud)
Tidak menipu dalam bergurau,
sebuah rumah di pertengahan syurga. Hmmm... menarik!
“Hamra, kau balik sebab tok sakit ke?” Sayu
suara Aisya.
“Ya lah. Aku tak senang
duduk lepas tahu tok tak sihat. Nak fokus belajar memang tak lah. Asyik
teringatkan tok saja”
“Habis pelajaran kau? Tak
kan hangus macam tu saja?”
“Nampaknya...” Hamra
mengiyakan. “Eh, macam mana kau tahu aku balik Malaysia?” Soalan itu baru
bermain di minda Hamra.
“Aku pergi ‘rumah kecil’ kau
tu lah! Tup-tup Wafiy kata kau dah tak tinggal situ. Dah terbang pulang ke
tanah tumpahnya darah. Tersentap aku! Sebab kau tak cakap apa pun, tiba-tiba
digantung tak bertali. Sedih aku tau!”
Huish! Digantung tak bertali
tu! Dahsyat sungguh peribahasanya.
“Aku minta maaf lah. Tak
terdaya nak fikir apa-apa waktu tu. Dalam kotak fikiran ada tok saja. Benda
lain tolak tepi”
“Aku terkilan sangat. Isk! Isk!”
Tak kan Aisya menangis kot?!
“Tak apalah. Biarlah aku
pergi dulu. Membawa rajuk hati ini, entah siapa yang peduli”
“Aisya, janganlah merajuk!”
“Biarlah aku tamatkan
panggilan di sini sahaja. Isk! Isk!”
“Aisya...” Hamra hendak menangis.
Rasa dirinya terlalu jahat kerana membuat sahabatnya berduka. Huhu...
“Hamra, kau tahu tak
panggilan antarabangsa tu mahal?” Eh, elok pula suara Aisya.
“Tahu, kenapa?” Jawab Hamra naif.
Satu saat.
“Oh, aku faham. Maaf, terlupa
pula. Hehe...” Hamra cubit pipi sendiri. Entah berapalah kos panggilan
antarabangsa untuk tempoh yang lama itu. Aisya hendak menamatkan panggilan
segera, boleh pula dia menghalang. Yang hendak menanggung kosnya tentulah
Aisya.
Setelah menamatkan
panggilan, Aisya tersenyum sendiri. Drama sungguh pagi ini! Dari babak kain
batik senteng sehinggalah berhuhu
dengan Aisya.
Aduhai... Meriah sungguh
hidupnya!
Solusi yang tepat jangan anda putus asah… KI .angen jallo akan membantu
ReplyDeleteanda semua dengan Angka ritual/GHOIB: butuh angka togel 2D 3D 4D SGP /
HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin 100% jebol Apabila ada waktu
silahkan Hub: KI agen jallo DI NO: 085-283 790 444 ]] ANGKA GHOIB:
SINGAPUR 2D/3D/4D/ ANGKA GHOIB: HONGKONG 2D/3D/4D/ ANGKA GHOIB; TEXAS
ANGKA GHOIB; TOTO/ MAGNUM 4D/5D/6D/ ANGKA GHOIB; LAOS/JIKA INGIN
MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 20 X TERBUKTI
TRIM’S ROO,MX SOBAT
Solusi yang tepat jangan anda putus asah… KI .angen jallo akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB: butuh angka togel 2D 3D 4D SGP /
HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin 100% jebol Apabila ada waktu
silahkan Hub: KI agen jallo DI NO: 085-283 790 444 ]] ANGKA GHOIB:
SINGAPUR 2D/3D/4D/ ANGKA GHOIB: HONGKONG 2D/3D/4D/ ANGKA GHOIB; TEXAS
ANGKA GHOIB; TOTO/ MAGNUM 4D/5D/6D/ ANGKA GHOIB; LAOS/JIKA INGIN
MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 20 X TERBUKTI
TRIM’S ROO,MX SOBAT