Fikrah Hamra Bab 14

 Bab 14
Hamra menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan tok, kemudian ke dalam pinggannya sendiri. Dari ekor mata, dia terlihat kelibat Dee yang sedang menyorok di balik dinding. Sekejap terjengul kepalanya, sekejap menyorok pula. Macam kura-kura!
“Awat dok sembunyi situ?” Tok terlebih dahulu menegur.
Lambat-lambat Dee keluar daripada persembunyian. Di wajahnya terlekat senyuman kerang busuk.
“Selamat...” Hamra tidak dapat meneruskan kata apabila terlihatkan kain batik  yang Dee pakai senteng sebelah.
Berambut pendek macam lelaki, tapi kain batik senget sebelah. Aduhai...
“Laa... Awat pakai lagu tu?” Tanya Hamra dalam ketawa yang masih bersisa.
“Tak reti pakai...” Dee menunduk. Malu.
“Bukan kak hang dah ajaq semalam?”
Dee cuma membisu.
“Dah. Tak apa lah. Nanti kak hang ajaq lain. La ni, makan dulu. Sedap ni, kak hang masak”
Dee senyum nipis. Sudu dicapai.
Jeda.
“Malam semalam...” Hamra membuka mulut. Teringat yang dia masih hutang cerita dengan tok.
“Waktu Hamra nak tutup lampu kipas kat masjid tu, tiba-tiba rasa bahu kena tepuk”
“Sapa dia tepuk?” tok mencelah.
“Tu la. Waktu mula-mula Hamra tengok, semua orang dah balik. Tinggal Hamra sorang saja waktu tu. Dah lah gelap. Berdebar juga lah. Dalam hati, dok berdoa tak mau la jumpa yang pelik-pelik. Hati ni bukan kuat sangat pun”
Hamra kerling Dee. Tersenyum-senyum dia.
“Bila toleh, nampak satu kelibat ni dok hulur Al-Quran. Tak kan ‘benda’ tu pulak kan. Rasa berdebar tu hilang lah, rasa pelik pulak mai. Dok pikiaq orang depan Hamra ni lelaki ka perempuan”
“Saya lah tu” Dee mengaku, kemudian tunduk kembali.
“Awat hang tepuk bahu dia?”
“Dak la, saya nampak kak Hamra macam tertinggal Al-Quran dia. Jadi saya panggillah dia. Banyak kali saya panggil, dia tak respon pun. Saya tepuk lah bahu dia bagi dia perasan” Dee menjawab sambil cuba meniru loghat utara yang tak jadi. Semakin pelik pula bunyinya.
“Orang bukan tak perasan, tapi orang takut nak toleh. Takut bukan orang yang panggil”
Dee senyap. Tok pun diam. Huish! Seram pulak tiba-tiba sunyi macam ni.
Satu saat.
Dua saat.
Tiga saat!
“Tok nak air?” Hamra terpaksa bersuara untuk mengusir situasi yang kekok itu.
“Haa... boleh juga. Tuang kat Dee sama” Mujur tok bagi reaksi. Kalau tak, bertambah gelisah Hamra jadinya.
Mereka mula bersembang tentang isu sekitar. Dee pun sudah ringan mulut. Seronok dia tumpang sekaki.Baguslah dia sudah mampu beri respon positif.
Perbualan mereka terhenti tatkala mendengar bunyi telefon dari jauh. Serentak tok dan Dee berpaling kepada Hamra.
Hamra menolak kerusi ke belakang, bergegas mencapai telefonnya. Telefon sebesar tapak tangan itu dilekapkan ke telinga.
“Hamraaa!” Belum sempat salam diberi, suara di sana telah bergema dahulu.
“Assalamualaikum, Aisya?”
“Waalaikumsalam! Sampai hati kau Hamra, kau tinggalkan aku? Kenapa kau tak cakap kau nak balik Malaysia? Kau lupakan aku? Siapa aku di hatimu?!”
Amboi, macam menerima panggilan daripada kekasih pula! ‘Siapa aku di hatimu?’ Orang boleh salah faham ni!
Peluru soalan berdas-das yang ditembak Aisya tidak memberi peluang untuk Hamra menjawab.
“Sabarlah dahulu. Istighfar. Tenangkan diri. Tarik nafas. Hembus. Tarik... Hembus...”
“Aku bukan nak suruh kau ajar aku yoga atau teknik pernafasan yang betul. Aku tanya, kenapa kau balik Malaysia tanpa bagitahu aku?!”
Nampaknya Aisya masih belum puas hati.
Well...” Lagak Hamra seperti dahulu. Sangat sukar untuk menebak apa yang berkelah di fikirannya.
“Apa well-well? Mujur kau jauh, kalau tak dah lama aku ‘ketam’kan kau!” Marah Aisya tidak sabar.
“Apa ketam-ketam? Huh!” Hamra pula beremosi.
 “Ketam masak lemak cili api lah!” Entah apa yang Aisya mengarutkan.
“Mana boleh! Cili api habis, ada cili burung je! Cili besar pun habis!” Hamra pun ikut ting-tong.
“Habis, santan ada tak?!”
“Santan tak sempat nak perah! Kelapa kat pokok lagi. Tak ada orang nak panjat. Kau nak panjat?!”
“Habis, tak boleh masak lah ni?!”
“Ha! Tak boleh!”
“Pastu aku nak makan apa?”
“Pergilah beli!”
“Sudahlah kau!” Aisya malas hendak layan Hamra lagi.
“Aku mana sudah lagi! Tengah sarapan dengan tok”
“Oh, tengah sarapan ya?” Terus lembut suara Aisya.
“Hmmm” Malas Hamra hendak menjawab.
“Boleh cakap dengan tok sekejap? Rindu!” Aisya ketawa di hujung talian.
“Tak boleh! Tok aku, bukan tok kau!” Sempat Hamra menyakat.
“Alaaa... Kau ni! Jahat tau!”
Hamra menghulurkan telefon kepada tok.
“Assalamualaikum. Hmmm... Aisya. Riuh tadi tok dengar” Tok memerli, tapi macam angin lalu saja. Tak menusuk kalbu.
Seperti terdengar Aisya ketawa. Kemudian mengadu kepada tok. Rajin pula tok melayan bicara si Aisya, sampai terangguk-angguk.
“Aisya, kau jangan nak lebih-lebih ya!” Hamra memberi amaran dari jauh.
“Hmmm, itulah. Hamra memang nakal pun”
Tok menjauhkan telefon dari telinganya sedikit. Kemudian wajah Hamra dicari.
 “Aisya kata Hamra nakal” Tok seperti berbisik kepada Hamra. Kemudian telefon kembali dilekapkan.
Hamra membulatkan mata.
‘Nanti lah kau Aisya!’ Hamra menggumam sendiri.
Tok menyambung perbualan untuk beberapa ketika sebelum memberikan telefon kepada Hamra.
“Hah! Kau mengadu apa dengan tok?” Sinis soalan Hamra. Sambil itu, dia bangun untuk membawa pinggan ke sinki.
“Aku cakap kau baik, sopan...”
“Boleh percaya ke? Macam lain saja yang aku dengar” Macam lah Hamra tidak dengar Aisya berbual dengan tok.
“Tak percaya tanya tok” Ucap Aisya bersungguh.
Sabda Rasulullah,
“Aku dapat menjamin sebuah rumah di taman syurga untuk orang yang meninggalkan pertengkaran, meskipun ia benar. Dan menjamin sebuah rumah di pertengahan syurga, bagi orang yang tidak berdusta meskipun bergurau. Dan menjamin sebuah rumah di bahagian yang tinggi di syurga bagi orang yang baik budi pekertinya” (Riwayat Abu Daud)
Tidak menipu dalam bergurau, sebuah rumah di pertengahan syurga. Hmmm... menarik!
 “Hamra, kau balik sebab tok sakit ke?” Sayu suara Aisya.
“Ya lah. Aku tak senang duduk lepas tahu tok tak sihat. Nak fokus belajar memang tak lah. Asyik teringatkan tok saja”
“Habis pelajaran kau? Tak kan hangus macam tu saja?”
“Nampaknya...” Hamra mengiyakan. “Eh, macam mana kau tahu aku balik Malaysia?” Soalan itu baru bermain di minda Hamra.
“Aku pergi ‘rumah kecil’ kau tu lah! Tup-tup Wafiy kata kau dah tak tinggal situ. Dah terbang pulang ke tanah tumpahnya darah. Tersentap aku! Sebab kau tak cakap apa pun, tiba-tiba digantung tak bertali. Sedih aku tau!”
Huish! Digantung tak bertali tu! Dahsyat sungguh peribahasanya.
“Aku minta maaf lah. Tak terdaya nak fikir apa-apa waktu tu. Dalam kotak fikiran ada tok saja. Benda lain tolak tepi”
“Aku terkilan sangat. Isk! Isk!”
Tak kan Aisya menangis kot?!
“Tak apalah. Biarlah aku pergi dulu. Membawa rajuk hati ini, entah siapa yang peduli”
“Aisya, janganlah merajuk!”
“Biarlah aku tamatkan panggilan di sini sahaja. Isk! Isk!”
“Aisya...” Hamra hendak menangis. Rasa dirinya terlalu jahat kerana membuat sahabatnya berduka. Huhu...
“Hamra, kau tahu tak panggilan antarabangsa tu mahal?” Eh, elok pula suara Aisya.
“Tahu, kenapa?” Jawab  Hamra naif.
Satu saat.
“Oh, aku faham. Maaf, terlupa pula. Hehe...” Hamra cubit pipi sendiri. Entah berapalah kos panggilan antarabangsa untuk tempoh yang lama itu. Aisya hendak menamatkan panggilan segera, boleh pula dia menghalang. Yang hendak menanggung kosnya tentulah Aisya.
Setelah menamatkan panggilan, Aisya tersenyum sendiri. Drama sungguh pagi ini! Dari babak kain batik senteng sehinggalah berhuhu dengan Aisya.

Aduhai... Meriah sungguh hidupnya!

Comments

  1. Solusi yang tepat jangan anda putus asah… KI .angen jallo akan membantu
    anda semua dengan Angka ritual/GHOIB: butuh angka togel 2D 3D 4D SGP /
    HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin 100% jebol Apabila ada waktu
    silahkan Hub: KI agen jallo DI NO: 085-283 790 444 ]] ANGKA GHOIB:
    SINGAPUR 2D/3D/4D/ ANGKA GHOIB: HONGKONG 2D/3D/4D/ ANGKA GHOIB; TEXAS
    ANGKA GHOIB; TOTO/ MAGNUM 4D/5D/6D/ ANGKA GHOIB; LAOS/JIKA INGIN
    MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 20 X TERBUKTI

    TRIM’S ROO,MX SOBAT




    Solusi yang tepat jangan anda putus asah… KI .angen jallo akan membantu
    anda semua dengan Angka ritual/GHOIB: butuh angka togel 2D 3D 4D SGP /
    HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin 100% jebol Apabila ada waktu
    silahkan Hub: KI agen jallo DI NO: 085-283 790 444 ]] ANGKA GHOIB:
    SINGAPUR 2D/3D/4D/ ANGKA GHOIB: HONGKONG 2D/3D/4D/ ANGKA GHOIB; TEXAS
    ANGKA GHOIB; TOTO/ MAGNUM 4D/5D/6D/ ANGKA GHOIB; LAOS/JIKA INGIN
    MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 20 X TERBUKTI

    TRIM’S ROO,MX SOBAT

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts