Fikrah Hamra Bab 15
Bab 15
“Mek Wah nak keluar ni. Dee
tinggal dengan Abang Ji ya” Pengasuh Dee itu sedang bersiap-siap dengan jangoknya.
Serta merta muka Dee berubah
pucat.
“Mek, Dee nak ikut. Dee tak
nak duduk rumah...” Dee merengek meraih simpati.
“Mek pergi lama. Jauh. Mek
balik lambat” Mek mengusap-usap kepala anak kecil itu.
“Ji, kamu jaga rumah ya.
Jaga Dee baik-baik” Pesan Mek Wah kepada anak lelakinya.
“Hmmm!” Acuh tak acuh sahaja
jawapannya.
“Mek...” Dee meruntun lengan
Mek tapi tidak dipedulikan.
Pintu rumah dikunci dari
luar. Badan Dee mula menggigil.
Satu jeda.
“Mek dah pergi?” Suara Abang
Ji menegur.
Dee angguk sambil tunduk.
Lelaki itu senyum.
“Jom teman abang masuk
bilik?” Lengan halus Dee dicapai.
“Tak nak” Dee menggeleng
laju.
“Jom lah” Ajak Abang Ji
lagi. Kali ini Dee diheret secara paksa ke dalam sebuah bilik.
Pintu bilik dikunci rapat.
Dee takut. Cepat-cepat Dee lari ke penjuru bilik dan berdiri rapat ke dinding.
“Abang Ji, Dee tak nak...”
Dee hendak menangis.
Lelaki itu semakin hampir.
Hendak meletup dada Dee ketika itu. Takut yang sangat. Bilik itu dirasakan
sempit. Sukar Dee untuk bernafas dengan sempurna.
“Marilah. Kejap saja. Lepas
tu, abang bagi Dee keluar” Pujuk Abang Ji.
Dee menggeleng laju. Dengan
sebek dan mata berkaca, Dee merayu simpati. “Dee nak keluar sekarang”
“Tak boleh. Lepas Dee buat
apa yang abang suruh, baru Dee boleh keluar. Cepatlah”
Abang Ji menanggalkan baju
yang dipakainya. Kemudian seluar panjangnya pula. Dee tutup muka dengan tapak
tangan rapat-rapat. Mata Dee pejam erat-erat. Dee tidak sanggup! Tolonglah, Dee
tak nak!
Terasa tangan Dee dipegang.
Spontan Dee menjatuhkan tangan dan mencelikkan mata. Yang terpampang di matanya
adalah Abang Ji yang hanya berboxer.
“Cepatlah buka, Dee. Kalau tak, abang
bukakan!” Abang Ji mengugut. Semakin keras pegangan tangan lelaki itu pada
lengan Dee.
Dee meronta kuat.
“Tak nak!” Dee menjerit.
“Hish budak ni! Cepatlah!”
Kasar suara garau itu. Baju yang dipakai Dee dicabut tanpa belas kasihan.
Jemari kecil Dee memegang kemas seluarnya, takut direntap juga.
“Mek, tolong!!!”
Lelaki itu ketawa sinis.
Tubuh halus Dee disambar
Abang Ji dan didudukkan di atas ribanya. Jari-jari besar Abang Ji menolak
tangan Dee yang liat itu sehingga terlerai genggaman.
“Tak nak!!!” Dee menjerit
sekuat tenaga.
***
“Dee?” Seorang perempuan
muda mengusap lembut bahu Dee.
“Dee okey tak ni?” Suara
yang berbaur kerisauan.
Mana Hamra tak risau. Sampai
sahaja Hamra di hadapan Dee, air mata gadis itu mencurah-curah di wajahnya.
Tersengguk-sengguk gadis itu menahan esak.
Dee cuba berlagak kuat. Apa
kelas menangis depan perempuan? Tetapi dia tidak mampu apabila berhadapan
dengan kakak barunya itu. Santun Hamra membuatkan kekerasan hati Dee mencair.
Kelembutan pekerti yang tidak dapat Dee lawan. Ya, dia sangat memerlukan
seseorang sekarang. Seseorang untuk bersandar saat berduka lara.
Tubuh Hamra diraih dan dipeluk
kejap. Lama. Terasa basah bahu Hamra dengan air mata yang lebat itu. Tidak
kurang juga dengan tangisan Dee yang menggila. Semakin meribut.
“Kenapa ni Dee?” Berulang
kali soalan itu ditanya namun jawapan Dee hanya tangisan yang belum reda.
Lama masa berlalu dengan dua
perempuan itu saling berpelukan erat. Esakan Dee semakin perlahan. Air mata
yang turun semakin renyai. Dee nampaknya semakin tenang.
“Dee nak bagitahu akak
sesuatu?” Berhati-hati Hamra bertanya. Risau juga akan emosi Dee yang belum
stabil sepenuhnya. Hamra rasa ini ada kaitan dengan masa lalunya. Hamra hanya
menebak kosong tanpa bukti yang jelas.
Perlahan Dee menggeleng.
Nampaknya Dee masih enggan membuka mulut. Mungkin belum sampai waktu yang
benar-benar sesuai untuk Dee bercerita. Apatah lagi tentang kisah lampaunya. Dee
sangat pasif dalam berkongsi cerita dan perasaan. Hamra yakin Dee memendam
beban sendiri. Hamra rasa bertanggungjawab untuk membantu Dee tapi selagi Dee membisu,
Hamra tidak tahu hendak membantu apa.
“Allah sentiasa membantu
hamba-hambaNya, selama hamba itu membantu saudara-saudaranya” (Riwayat
Al-Bukhari dan Muslim)
Tidak mengapa. Hamra akan
terus bersabar. Dalam masa yang sama, Hamra akan terus menggali telaga cerita.
Sepertinya telaga itu telah tertimbus padat oleh kebencian Dee. Kebencian
terhadap apa? Hamra kurang pasti. Terlalu dalam untuk digali sampai ke
penghujungnya. Terlalu sulit untuk cerita itu timbul semula. Tapi Hamra tidak
akan berputus asa.
Menyelami hati Dee memang
payah. Dari riak wajah Dee, Hamra tahu gadis itu sedang menanggung sesuatu yang
maha berat. Yang mengubah dirinya sebegitu total. Yang mengukir diri Dee
seperti sekarang. Seorang perempuan dengan lagak lelaki. Seorang perempuan yang
cuba di‘perempuan’kan oleh Hamra.
Sedikit demi sedikit, Dee
mula lentur dengan kasih sayang yang dipamerkan Hamra.
“Walau apa pun yang Dee
hadapi, walau betapa berat pun dugaan Dee, ingatlah Allah tu sentiasa ada untuk
hambaNya. Dalam surah Al-Ikhlas Allah berfirman, Dialah tempat meminta segala
sesuatu. Dee nak menangis ke, nak mengadu ke, nak bersyukur sekalipun, Allah tu
tak pernah tidur, tak pernah lalai” Hamra cuba membelai perasaan Dee selembut
yang mampu.
Inna Allaha ma’ana. Allah tu selalu ada untuk kita.
“Kalau Dee mampu, bangun
malam buatlah solat tahajjud, ataupun solat hajat. Buat dua-dua lagi
cemerlang!” Hamra meniupkan semangat. Tidak sanggup lagi Hamra menyaksikan
kesedihan Dee berpanjangan.
“Waktu yang paling dekat
antara Tuhan dengan hambaNya ialah pada pertengahan akhir malam. Jika engkau
mampu untuk menjadi orang yang berzikir kepada Allah pada ketika itu maka
lakukanlah” (Riwayat Tarmizi)
Dee merenung jauh dengan
kepalanya lentok di bahu Hamra. Untuk beberapa ketika, Dee hanya diam tanpa
kata.
“Aku ni jijik kak...” Pilu. Namun
wajahnya kosong tidak beriak. Secebis ayat itu mengalir dari bibir Dee. Mungkin
juga secebis perasaannya yang termendap jauh di dasar jiwa.
Bersambung..
Comments
Post a Comment