Fikrah Hamra Bab 11

Bab 11
Bunyi rintik hujan menembak laju di atas bumbung rumah. Hamra bertenggek di atas beranda. Redup matanya jauh memandang indah nian kuasa Tuhan. Dan baunya...
Bau hujan...
Segar...
Nyaman...
Hamra suka bau hujan. Hamra suka tempias hujan yang memercik di wajahnya. Dingin.
“Hamra...” Tok menyeru.
Hamra menoleh pantas. “Ya. Tok. Awat?”
Awat dok lagu tu. Jatuh nanti”
Senyum kecil Hamra pamerkan.
“Tak jatuh aih tok. Lagipun Hamra suka”
“Suka apa?”
“Tok ingat dak dulu-dulu, Hamra selalu panjat beranda ni. Meniti atas ni. Ke hulu ke hilir” Tanpa menjawab soalan tok, Hamra terus menderu.
“Hamra budak baik, tapi dulu ada la nakai sikit”
Hamra ketawa lucu.
Mai makan cucoq jagung tok buat ni. Panas lagi. Sedap makan sejuk-sejuk macam ni” Tok mempelawa sambil menceraikan sebiji cucur dengan jarinya. Sesekali dia mengibas tangannya kerana pedih kepanasan. Nampak kepulan kecil haba yang keluar dari cucur tersebut.
Tok memang rajin memasak. Rajin sangat. Ada sahaja ideanya hendak masak itu ini. Yang hendak disumbat mulutnya tentulah si Hamra. Sehingga tidak tersumbat mulutnya dengan makanan berjelek-jelek. Lenguh mulut Hamra menghalang, tapi tok tidak hiraukan.
Setiap hari, akan ditanya.
“Hendak makan apa hari ini?”
Dan Hamra akan cepat-cepat menggeleng sambil bibir berkata tidak mahu. Pertama, kerana Hamra tidak larat hendak makan banyak-banyak. Perutnya kecil sahaja. Apatah lagi mulutnya! Mana ada ruang hendak menyumbat makanan lebih-lebih. Dan tok kalau sekali dia masak, bukan masak dalam kuantiti yang sedikit. Seperiuk besar haa! Katanya untuk jiran-jiran juga. Tapi, selalunya Hamra juga yang kena habiskan!
Kedua, tok tu bukan larat sangat. Nak berjalan pun terhinjut-hinjut. Urat tegang dia kata. Kadang-kadang sakit pinggang. Betul lah kot. Tapi tetap juga dia nak buat itu ini. Padahal boleh saja dia suruh orang lain. Dan setiap kali Hamra berada di rumah tok, akan diajaknya untuk sama-sama masak sesuatu. Dengan paksa rela, Hamra ikutkan jua. Demi menjaga sekeping hati tok.
“Kalau Hamra ada, tak dak la tok penat sangat. Kalau tok duduk sorang-sorang, tok tak buat semua ni. Tunggu Hamra balik dulu, baru ringan sikit nak buat”
Entah kenapa, Hamra rasa sebak sangat setiap kali tok cakap macam tu.
Hamra faham, tok hanya nak pamerkan kasih sayangnya. Tok hanya ada Hamra. Hamra cuma ada tok. Dari dulu lagi, memang mereka berdua sahajalah yang ada untuk satu sama lain. Sebab itu, bila Hamra kena pergi belajar jauh-jauh, Hamra risau sebenarnya. Tapi, rasa gelisah itu ditelan dalam-dalam. Hati kena kuat!
“Kalau tok tak larat nanti, Hamra jaga tok tau. Bila tok rasa nak makan apa-apa nanti, Hamra buatkan lah ya. Sebab tu lah tok ajar Hamra masak macam-macam. Satgi bila tok minta, Hamra dah pandai la jamu tok” Berulang kali ayat ini dipasakkan ke telinga Hamra sedari kecil.
Hamra tunduk. Sebak di dada. “Kalau beli tak boleh, tok?” Soalan yang sama setiap kali.
“Tok tak mau makanan beli. Tok nak yang Hamra buat sendiri. Makanan beli tak sedap. Kalau kita buat sendiri, baru puas kita makan”
“Baiklah, tok”
Dialog yang sama diputarkan di antara nenek dan cucu itu. Dari dulu hingga kini.
Hamra senyum nipis. Memandang wajah tua itu lama-lama, boleh pecah empangan kelopak mata. Sayu.
Rambut tok yang memutih di sekitar piggiran wajah. Kedutan yang jelas di daerah muka. Anak mata tok yang masih hitam pekat.
Hmmm...
Tok masih comel!
Otot pipi ditarik keatas. Bibir membentuk lekuk. Hamra senyum sendiri.
“Hamra sayang tok dak?”
“Sayang lah”
“Hamra nak jaga tok dak?”
“Mestilah Hamra nak jaga. Ishhh... tok ni!”
“Nanti tok tua, dah nyanyuk, jangan marah tok tau. Tok mana ingat dah waktu tu. Kalau tok terberak ka, terkencing ka, jangan jerkah tok tau. Tok tak ingat. Bukan sengaja” Dengan selamba sahaja tok menuturkan.
Ya Allah, sebaknya! Sedih sangat.
“Dak aih. Tak marah aih”
Serak suara Hamra.
“Orang nyanyuk ni, dia jadi macam budak-budak balik. Tak ingat, lupa macam-macam. Bila dah nak mati, Allah tarik sikit-sikit nikmat dia. Bukan dia sedar pun apa dia buat. Anak-anak, cucu-cucu, sedara-sedara dia lah yang kena tolong. Ada sapa lagi nak tolong, kan?”
Hamra angguk perlahan sambil menelan tangis.
Kata Dr. Barbara Hansen Lemme (1995), sebab dementia yakni nyanyuk adalah Alzheimer. Penyakit ini adalah penyakit mental yang tidak mempunyai sebab dan cara perawatan yang khusus. Alzheimer berlaku kerana terdapat kemerosotan neuron di dalam otak. Bahagian otak yang terlibat adalah yang mengawal kegiatan ingatan, bahasa serta kognitif. Penyakit pelupa atau penurunan fungsi saraf otak ini sering terjadi kepada warga emas. Hal demikian menyebabkan seseorang itu tidak mampu menguruskan diri sendiri dan amat memerlukan bantuan daripada orang sekelilingnya.
Oleh kerana pesakit mudah untuk menjadi agresif dan cepat hilang minat untuk berkomunikasi, tips yang paling penting adalah jangan menjerit kepada pesakit. Bertutur dengan suara yang lembut dan perlahan adalah membantu. Ketika bertanya, soalan yang diutarakan perlulah berhati-hati dan jangan tergesa-gesa untuk meminta jawapan. Tunggu pesakit untuk menjawab dengan sabar. Emosi pesakit boleh ditenangkan dengan sentuhan lembut pada lengan atau tangan.
Selain daripada ubatan klinikal yang dibekalkan, sokongan daripada keluarga dan saudara mara terdekat adalah signifikan. Kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk berinteraksi dan menguruskan pesakit Alzheimer.
“Kalau orang terdekat dia pun tak mau tolong, nak harapkan sapa lagi. Mati kering gitu ja lah...”
Aduh, selambanya tok! Hamra yang berkali-kali mengesat mata, tok tak pandang pun!
“Nanti Hamra jangan hantar tok pi rumah orang-orang tua pulak. Kesian tok. Kalau bukan orang yang kita sayang, kita bukan nak layan dia baik-baik kan? Depa yang kerja kat rumah orang-orang tua tu bukan nak jaga elok-elok. Buat kerja sekadar nak siap cepat saja. Macam melepaskan batuk di tangga. Hati orang yang terguris ni bukan depa nak peduli pun. Menyusahkan depa saja. Mati cepat lagi baguih” 
Allahu!
“Tok, Hamra nak jaga tok. Macam mana tok jaga Hamra, macam tu lah Hamra akan jaga tok. Hamra akan sayang tok macam tok sayang Hamra juga”

Dengan bibir yang sebek menahan esak, tubuh tok dirangkul erat.   

Comments

  1. Solusi yang tepat jangan anda putus asah… KI .angen jallo akan membantu
    anda semua dengan Angka ritual/GHOIB: butuh angka togel 2D 3D 4D SGP /
    HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin 100% jebol Apabila ada waktu
    silahkan Hub: KI agen jallo DI NO: 085-283 790 444 ]] ANGKA GHOIB:
    SINGAPUR 2D/3D/4D/ ANGKA GHOIB: HONGKONG 2D/3D/4D/ ANGKA GHOIB; TEXAS
    ANGKA GHOIB; TOTO/ MAGNUM 4D/5D/6D/ ANGKA GHOIB; LAOS/JIKA INGIN
    MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 20 X TERBUKTI

    TRIM’S ROO,MX SOBAT




    Solusi yang tepat jangan anda putus asah… KI .angen jallo akan membantu
    anda semua dengan Angka ritual/GHOIB: butuh angka togel 2D 3D 4D SGP /
    HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin 100% jebol Apabila ada waktu
    silahkan Hub: KI agen jallo DI NO: 085-283 790 444 ]] ANGKA GHOIB:
    SINGAPUR 2D/3D/4D/ ANGKA GHOIB: HONGKONG 2D/3D/4D/ ANGKA GHOIB; TEXAS
    ANGKA GHOIB; TOTO/ MAGNUM 4D/5D/6D/ ANGKA GHOIB; LAOS/JIKA INGIN
    MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 20 X TERBUKTI

    TRIM’S ROO,MX SOBAT

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts