Fikrah Hamra Bab 3
Bab 3
“I’m home...” Ucap Hamra
setelah pintu utama ditutup. Kot tebal disangkut. Boot ditanggalkan dan diletakkan di tepi dinding.
“You’re back already?” Soal Wafiy.
“Yeah...”
Hamra meletakkan bungkusan makanan di atas meja berhadapan sofa.
Kemudian duduk dilabuhkan. Wafiy yang turut berada di ruang tamu itu memandang
Hamra pelik. Seperti tidak bersemangat sahaja Hamra.
“What’s wrong?”
“Nothing”
Hendak tak hendak sahaja Hamra menjawab.
“Okay” Wafiy bukan jenis yang
memaksa.
“You know what...”
Tidak sampai seminit Hamra sudah buka mulut.
“Yes?”
“Aisya tanya aku, kenapa kita tak nikah saja? Alang-alang serumah
katanya”
Wafiy diam sejenak.
“Kau jawab apa?” Tanya Wafiy.
“Aku jawablah aku tak suka pada komitmen. Nikah tu kan komitmen?”
“Hmmm...”
“Kau nak ke nikah dengan aku?” Soalan cepumas dari Hamra.
“Entah. Kau pula nak ke nikah dengan aku?” Wafiy memulangkan soalan.
“Entahlah. Aku tak tahu... Aku
rasa kita elok je kan duduk sekali walaupun tanpa hubungan”
“Hmmm...”
“Dah lah. Aku malas fikir. Aku masuk bilik dulu”
“Okay”
Dan soalan dari Aisya itu dibiarkan terbang entah ke mana.
***
“Kau nampak lapang hari ni. Dah habis kerja ke?” Hamra yang baru keluar
dari bilik menyoal.
“Hmmm... Kerja belum habis. Tapi semakin berkurang. Jadi aku nak
bertenang sekejap” Jawab Wafiy dengan suara yang sangat menunjukkan dia sedang
lapang.
Bunyi loceng pintu kedengaran.
Hamra bergerak ke pintu utama melihat siapa yang datang. Dan tiba-tiba Hamra
menjerit gembira.
“Aisya!”
Wafiy menoleh dan melihat dua gadis itu berpelukan erat.
‘Perempuan...’ getus hatinya sambil menggeleng.
Aisya dijemput duduk. Sementara Hamra beralih untuk membuat minuman.
“Aisya, awak memang tak banyak cakap ya?” Soalan drastik dari Wafiy.
Tersentak Aisya.
“Aisya memang macam tu. Dia anti sikit dengan lelaki” Hamra dari dapur
menyampuk.
Aisya menjegilkan mata kepada Hamra tanda penyataan Hamra salah.
Hamra buat tidak tahu.
“Really?” Wafiy menyoal.
“Tidak lah. Saya cuma tak biasa berkomunikasi dengan lelaki bukan
mahram” Aisya membela diri.
“Oh I see... Samalah tu”
Sama ke? Bukan lain ke? Tapi Aisya malas hendak bertekak soal remeh
begini. Dia ada misi penting ke sini. Cuma keberaniannya sahaja yang menjadi persoalan.
Mampukah dia?
Hamra datang dengan tiga mug
bersaiz sederhana.
“Kau datang ni bawa hajat atau saja-saja datang?” Tepat mengena sasaran
soalan yang dipanah Hamra. Macam tahu-tahu sahaja niat kedatangan Aisya.
Aisya senyum sahaja mendengar.
“Aku datang ni saja nak melawat kawan aku. Dan aku juga ada perkara nak
bincang dengan kau berdua”
Aisya menyisip minuman setelah dipelawa Hamra.
“Mungkin Hamra ada cerita dekat kau Wafiy tentang soalan aku pasal kau
berdua. Aku ada tanya kenapa kau dan Hamra tak nikah sahaja sedangkan sudah
duduk sebumbung. Kan lebih elok?”
Hamra dan Wafiy diam. Memberi peluang kepada Aisya untuk terus bersuara.
“Jawapan dari Hamra aku sudah dengar. Aku nak dengar jawapan daripada
kau pula”
Wafiy pandang tepat pada wajah Aisya tapi bukan pandangan yang tajam.
Keberanian Aisya juga adalah kerana Aisya tahu Hamra dan Wafiy bersikap
terbuka. Mereka berdua golongan intelek, masakan mereka boleh bersikap jumud.
Soalan Aisya mungkin keterlaluan bagi sesetengah individu tapi dia tidak
mahu menegakkan benang yang basah. Salah tetap salah. Maksiat itu perlu
dielakkan. Serumah dengan bukan mahram tetap salah hukumnya.
Ada sebab kenapa Allah menyuruh manusia menjauhi zina. Kerana kesan
daripada zina itu sangat dahsyat. Allah
melarang mendekati zina, apatah lagi zina itu sendiri.
Seperti sabda Rasulullah,
“Seseorang yang berzina atau minum arak akan tertanggallah iman
daripadanya sebagaimana orang menanggalkan pakaian dari kepalanya” (Riwayat
Al-Hakim)
Serumah dengan bukan mahram, tinggal berdua pula itu. Banyak perkara
buruk boleh berlaku. Aisya risau akan Hamra. Aisya prihatin kepada sahabatnya.
Aisya tidak mahu Hamra leka.
“Bukan aku tak percaya kau Wafiy. Atau bersangka buruk pada kau. Tapi
ada sebab kenapa hukum Allah itu ditetapkan. Perempuan dengan lelaki bukan
mahram tak boleh duduk serumah. Kecuali dengan ikatan pernikahan. Kau faham aku
kan?”
Sehabis lembut Aisya menyusun kata supaya Wafiy faham. Ya, sudah dia
terangkan kepada Hamra sebelum ini tapi seperti mencurahkan air ke daun keladi sahaja.
Mungkin dengan Wafiy, akan ada perubahan yang baik?
“Kalau kau berdua tak nak nikah, kau dan Hamra tak boleh duduk sekali.
Salah sorang kena pindah”
Lembut di pendengaran tetapi tegas maksudnya.
Wafiy menyandarkan kepala kepada sofa. Berfikir.
“Kau muslim kan? Tentu kau tahu...”
Hamra menunduk. Dia kematian kata.
“Aku tak nak kau berdua hanyut...”
Wafiy dan Hamra serentak memandang Aisya.
“Maksud aku, kita tak boleh ramal masa hadapan kan? Jadi, kenalah
sediakan payung sebelum hujan. Mencegah lebih baik dari mengubati kan?”
Aisya diam memberi masa mereka berdua berfikir.
“Wafiy,
what do you think?”
Perlahan Hamra menyoal.
Wafiy masih diam. Tiba-tiba dia bangun dan
terus masuk ke biliknya.
Protes?
Aisya mengeluh perlahan. Nampaknya usaha
Aisya gagal. Kalau Hamra yang sudah lama dia kenal pun payah dilenturkan apatah
lagi Wafiy yang dia baru kenal.
Aisya pandang Hamra, mahu melihat reaksinya.
Hamra hanya bersandar belakang ke sofa. Tanpa reaksi yang jelas.
“Hmph...” Aisya mengeluh lagi. “Aku balik
dulu lah. Nampaknya lepas ni payah lah aku nak datang rumah kau lagi” Aisya
berdiri, bersedia untuk pulang. Hamra pun berdiri, ingin menghantar Aisya ke
pintu utama.
“Maaf kalau kedatangan aku ni buat kau dan Wafiy
rasa tak selesa”
Hamra hanya senyum.
Semasa Hamra dan Aisya melangkah ke pintu,
terdengar pintu bilik Wafiy terkuak.
Serentak dua pasang mata itu memandang. Wafiy menghampiri mereka berdua.
“Hamra,
give me your grandma’s phone number”
Mendatar suara Wafiy.
Tanpa banyak soal, Hamra terus menyebut
nombor telefon neneknya yang berada di Malaysia. Saat itu juga nombor itu
didail oleh Wafiy.
Aisya terdiam melihat situasi itu. Apa yang bakal berlaku?
“Waalaikumsalam. Boleh saya bercakap dengan
nenek Hamra?”
Jeda.
“Saya kawan Hamra di tempat dia belajar
sekarang. Nama saya Wafiy. Nenek, saya minta maaf telefon nenek secara mengejut
tapi saya nak minta keizinan nenek untuk menikahi Hamra. Boleh ke?”
Lurus sungguh bahasanya, tiada berkias langsung!
“Hamra ada dekat sini. Nenek nak bercakap
dengan dia?” Sejurus itu telefon pintar milik Wafiy disuakan kepada Hamra.
Mengerti arahan non-verbal Wafiy, Hamra menyambut.
“Assalamualaikum nenek, Hamra ni. Nenek
sihat? Nenek okay tak?” Mendengar
cara Hamra bertanya, tahulah Aisya yang Hamra risau akan keadaan neneknya
setelah menerima panggilan mengejut itu. Masakan tidak terkejut, tiba-tiba
sahaja ada orang telefon hendak meminang cucu kesayangan! Tidak ada hujan,
tidak ada ribut, tidak ada khabar berita apa pun, tiba-tiba cucu kesayangan
nenek hendak nikah?! Di tempat orang pula itu!
Hamra bergerak menjauhi Aisya dan Wafiy,
mungkin memerlukan privasi. Tentu tidak mahu mereka berdua mendengar
perbualannya dengan nenek kesayangan.
Wafiy bergerak ke ruang tamu. Aisya masih
statik di situ. Aduh! Rasa kekok pula. Aisya masih mahu tahu apa
yang bakal terjadi. Tak kan dia hendak pulang sekarang!
Beberapa minit kemudian, Hamra menghampiri Wafiy
sambil menyuakan telefon pintar.
“Tok nak cakap...” Perlahan suara Hamra.
Telefon beralih tangan.
Tidak lama selepas itu, panggilan tamat.
“Jadi, macam mana?”
Bersambung...
Comments
Post a Comment