Fikrah Hamra Bab 20

Bab 20  
         
 “Baiklah, hari ini ustazah nak buat kuiz. Semua berdiri. Kamu boleh cari jawapan dalam buku teks. Siapa yang nak jawab, angkat tangan ya?”
“Soalan pertama, bacakan ayat Al-Quran yang menyuruh kita menjauhi zina. Siapa nak jawab?”
Farah angkat tangan. Kemudian gadis itu membacakan ayat yang berkaitan. “La taqrabu zina...” Farah orang pertama yang dapat duduk.
Kemudian, seorang demi seorang dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh ustazah. Kecuali Hamra.
“Hah Hamra! Apa dalil supaya kita mencegah kemungkaran?”
Hamra diam. Tunduk.
“Saya tak tahu ustazah”
“Carilah dalam buku teks!”
Hamra malu. Kawan-kawan yang lain semua sudah duduk. Hanya dia yang berdiri. Tapi Hamra betul-betul tidak tahu jawapannya. Hamra menyelak helaian buku teks mencari jawapan. Tapi dia belum jumpa! Apa nak buat ni?!
“Tunggu apa lagi Hamra?”
“Ermmm...” Sungguh Hamra tidak tahu hendak jawab apa!
“Hamra?”
“Ermmm... tak apa lah ustazah. Saya tak nak duduk lagi” Berani Naura berkata demikian.
Ustazah Najjah pandang Hamra tidak berkelip. Melalui cermin mata ustazah yang tersangkut di hidungnya, Hamra perasan mata Ustazah Najjah merenung Hamra tajam.
Seisi kelas yang sudah senyap menjadi semakin sepi.
“Biadap kamu ya!” Ustazah Najjah berkata dengan nada yang tinggi.
Hamra tunduk. Dia dah tersilap cakap ke? Sudah Hamra tidak jumpa jawapan kepada soalan ustazah, macam mana dia hendak duduk? Dia cakaplah yang dia tidak mahu duduk lagi. Tapi kenapa ustazah marah? Hamra tak faham.
“Kalau mama saya, dia dah lempang kalau pelajar dia cakap macam ni” Adirah memecah sunyi.
Hati Hamra bertambah gelisah. Mungkin benar dia dah buat kesalahan. Lenguh kaki kerana terpaksa berdiri lama sudah tidak Hamra rasakan.
Ustazah Najjah diam sebelum menyuruh Hamra duduk.
“Duduk Hamra” Walaupun ustazah tidak menzahirkan di mulut, tapi Hamra rasa ustazah kecewa dengannya. Hamra patuh cakap ustazah walaupun hatinya makin tidak keruan.
Ustazah Najjah terus memulakan sesi pengajarannya seperti tiada apa yang berlaku. Hamra tidak berani pun hendak pandang ustazah sewaktu dia mengajar. Hamra takut.
Tamat sahaja sesi pengajaran dan pembelajaran, terus Hamra hampiri ustazah dan memohon maaf. Rasa gelisah dan bersalah itu membuatkan Hamra tidak betah.
Bibir Hamra tersungging sedikit. Memori sewaktu di Tingkatan Satu itu memang menjadi ingatan kekal. Kalau hendak dikatakan Hamra nakal ketika itu, mungkin tidak tepat. Tetapi kalau kurang adab, mungkin ya.
Bagaimana Hamra yang dahulu boleh menjadi Hamra yang sekarang. Eh, tidak! Bukan Hamra yang sekarang, tetapi Hamra yang sewaktu dia masih di Tingkatan Lima. Hamra yang masih ‘suci’. Masih belum dinodai parasit ‘indoktrinasi bertunjangkan kebebasan’.
Hamra dibentuk dengan akhlak mahmudah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah di bawah kubah sekolah menengah kebangsaan agama. Dibentuk bukan dengan paksaan, tetapi belaian dan rasa kasih kerana Tuhan. Sungguh, berada di kalangan orang yang mengutamakan akhirat itu menyuburkan keimanan dan kebergantungan kepada Pencipta.
Setiap pagi di tapak perhimpunan, ada bacaan Al-Quran sekurang-kurangnya setengah muka surat yang diketuai oleh pengawas bertugas. Dan setiap pelajar wajib membawa Al-Quran sendiri. Kalau Al-Quran sentiasa di sisi, hendak bermazmumah pun rasa kecut hati. Sudah tentu sentiasa rasa diperhati, terutama oleh Sang Pemerhati.
Bukan Hamra mencemuh persekitarannya kini, cuma rasa kerinduan terhadap suasana Islami itu terlalu bergumpal, berkelodak di nurani insani. Hamra mahu kembali menjadi anak gadis itu. Anak gadis yang lembut budi dan tutur bicaranya yang terserap oleh wangian Firdausi yang bertebaran di taman ilmu yakni taman syurga di dunia. Taman indah bercahaya yang bernaung di bawah sayap malaikat.
 Ya, sekarang Hamra semakin matang menilai duniawi, tetapi alangkah eloknya jika dia masih seperti remaja belasan tahun dahulu yang memandang dunia dengan optimis bersadurkan altruisme. Dengan fikiran jernih yang lantang mengatakan segalanya pasti jika ada kemahuan.
Ah, naif benar anak gadis itu!

Waktu itu, dia belum tahu bahawa bumi ini bukan berputar disekelilingnya, tetapi dia adalah sebahagian daripada bumi tersebut. Setiap yang berlaku itu bukan berkisar tentang dirinya sahaja tetapi merangkumi orang di sekitarnya juga. Bukan dia yang menulis peraturan dunia, bukan dia yang mengatur segala, tetapi ada kuasa lain yang mengawal akta. Dunia luar tidak semudah yang dia sangka, punya sempadan dan batas yang tidak pernah dia cakna. Dalam masa yang sama, kebebasan turut merasuki fikrahnya. Baru Hamra mengerti, ‘kebolehcapaian-nya’ setakat mana.  Bukan segalanya pasti jika hanya ada kemahuan dan kehendak. Ianya jauh lebih rumit daripada itu.

A/N: Assalamualaikum. To be honest, I'd waited for a long time to see some comments or at least some response from the viewers. I don't know whether my work is great or worst. I just write according to what in my head (fikrah). Only she (you know who you are, dear) did supported me through personal messages.

Btw, thanks to all viewers for your reading. Really appreciate it.

Frankly, you do encourage me. (smile)

Hope to hear from you soon (^.^)

Comments

Popular Posts