Cuti?
Salam sayang buat yang menyayangi,
Saya sedang bercuti! Yeeha!
Erk! Benarkah saya gembira?
Setelah sekian lama saya bercuti, yakni hampir sebulan setengah dari tempoh tamat final test, saya kini berpeluang untuk mengupdate blog ini yang bukan sahaja berhabuk malah telah diselaputi kekotoran akibat kemalasan yang teramat.
Sungguh, kali ini saya hanya menulis tanpa perasaan yang waras. Patah aksara apapun yang tertaip, saya cuma mengikut rentak jari hasil lintasan hati. Jadi, maaf andai post ini tiada yang signifikan.
Demi memaniskan pembacaan, mari saya kongsi sedikit rasa yang terdampar di dalam hati ini.
Saya telah mengalami masalah yang amat serius yakni KEMALASAN yang teramat. Masalah ini telah membuat saya menjadi seorang yang tidak aktif atau dalam bahasa comelnya, MASAI. Perkataan 'masai' itu telah diperkenalkan oleh umi setelah melihat ketidaksemangatan saya ini. Aduhai..
Yalah, cuba anda bayangkan. Saya, seorang gadis lewat belasan tahun yang terbukti masih sihat fizikal dan mental asyik berkurung di dalam rumah sahaja berbanding rakan sebaya yang begitu aktif dengan aktiviti sosial yang bermanfaat dan bekerja. Ya, mereka itu cuti juga namun mereka mampu memanfaatkan masa dengan bijak. Sekurang-kurangnya untuk kepuasan mereka sendiri. Huh!
Kemudian, masalah yang mengekori sifat malas saya ini ialah asyik TIDUR! Sungguh, saya kira waktu tidur saya adalah melebihi waktu jaga saya. Sungguh kronik penyakit ini. Ya, saya tahu tidur berlebihan adalah tidak bagus untuk kesihatan. Namun apakan daya, kemalasan saya lebih dominan.
Selain itu, saya kebelakangan ini telah menghadapi masalah untuk tidur awal. Yakni pada malam hari, saya sering tidur lewat. Mengerti?
Saya sebetulnya tidak gemar akan perkara itu kerana ianya mengganggu biological clock saya. Heh! Lihat! Saya masih mampu mengingati fakta biologi yang saya pelajari sewaktu di asasi.
Alah, fakta mudah saja! Jangan riak sangatlah!
Okay, berbalik kepada perkongsian..
Saya yakin jika saya mampu mengubah waktu tidur saya supaya menjadi lebih teratur, saya dapat mengurangkan kadar kemalasan saya yang saya kira berpunca dari ketidakseimbangan waktu tidur. Logik kan?
Justeru, sekadar ini saja yang mahu saya bicarakan. Sungguh tiada signifikan akan entri ini. Mohon yang membaca beristighfar kerana anda mungkin dikuasai perasaan marah kerana telah menghabiskan beberapa minit untuk membaca coretan yang jelas tiada peri penting ini.
Harap maaf dari tuan.
Sesungguhnya saya merasa sedikit lega kerana telah meluahkan rasa ini. Semoga blog ini mampu mengisi masa terluang saya dengan lebih bermanfaat.
Sekian.

Saya merasa begitu malas untuk mengedit post di atas jadi terimalah seadanya segala kekurangan.
ReplyDelete