Ramadhan Kareem!
Salam Ramadhan!
Ramadhan ini saya sepenuhnya bersama keluarga di Perlis yang damai lagi indah ini. Alhamdulillah.
Ramadhan lalu, saya bersama rakan-rakan asasi menyambut bulan barakah tersebut. Jadi saya mahu berkongsi sedikit pengalaman yang mungkin biasa bagi anda namun sangat berharga bagi saya.
Pertama, iftar bertalam.
Tidaklah saya maksudkan saya iftar hingga bertalam makannya tapi ya juga mengenangkan saya telah makan banyak talam dari awal Ramadhan hingga saat akhirnya. Hurm... Tidak mengapa, mari kembali ke poin asal, saya sebenarnya mahu berkongsi saat gembira sewaktu iftar bersama rakan.
Sesungguhnya, makan bertalam itu merupakan saat pertama saya merasainya sepanjang hidup saya dan pengalaman itu saya dapat ketika berada di asasi. Seramai 6 orang akan mengelilingi talam yang sebesar tapak gajah itu selepas solat Maghrib dan tunggu apa lagi, jom makan! Berkongsi nasi dan lauk yang dilambakkan di tengah talam yang membukit dan bukit nasi semakin lama akan semakin rata dan teruslah ia menjadi tanah rata atau lebih tepat lagi padang jarak padang terkukur kerana nasi telah habis dimakan! Muahaha!
Bila makan berjamaah ini, nasi yang sedikit pun rasa kenyang. Sebelum itu, posisi untuk makan juga penting. Kalau tidak, bagaimana hendak makan dengan selesa? Justeru, tolak ansur amatlah penting. Dan bila sudah hampir habis nasi, mulalah setiap orang menolak baki nasi ke arah satu sama lain. Haish! Alih-alih biar saya sajalah yang makan!
Kemudian, part membasuh talam pula.. Huh! Selalunya orang yang terakhir habis makan dalam kumpulan kecil itu yang akan memikul tanggungjawab membasuh talam. Kesian.. Tapi oleh kerana kami semua orang baik-baik jadi kami tak kisah pun, orang yang paling awal habis makan pun kadang kala tawarkan diri untuk buat kerja itu. Baik kan kami? (buat muka comel)
Adakalanya juga jika ada diantara kami yang 'merah', orang itu yang akan basuh talam. Jadi bolehlah yang lainnya bersiap-siap untuk solat Isya' dan Terawih.
Oh! Tahukah anda perkataan Terawih itu sendiri berasal dari perkataan 'rehat'? Ustaz Ibrahim El-Masri yang bagitau. Maksud rehat di sini ialah rehat dari makan. Bukankah bila kita berterawih, kita sedang berehat dari makan? Pastu, lepas terawih pulun makan sampai perut buncit. Kan? (wajah sinis)
Erm.. ada banyak lagi yang nak kongsi. Tunggu ya? Lain entri pula. Ambe (saya) dah tak larat menaip lagi.
Okay, bye!
See you soon!

Comments
Post a Comment