Rayuan Bulan
Assalamualaikum
Pagi ni kita romantis sikit ya? Ufufu...
Bulan selalu mengintai Matahari dalam diam. Tak berani menyuarakan hasrat hati, teguh menjaga batasan diri. Bagi Bulan, lebih baik pendamkan saja perasaan, lebih mulia dari terang-terangan melamar Matahari.
Prinsip Bulan, letakkan malu di hadapan. Baru rasional dan wajar tindakan. Tambahan lagi, Bulan penuh dengan sifat malu. Tapi, bab curi-curi lihat, Bulan tak malu pula! Kalau pecah tembelang, siapa yang malu?!
Mungkin pada pandangan Matahari, Bulan bukan siapa-siapa. Cukup untuk saling mengenali sebagai makhluk Pencipta.
Bulan sedar, Bulan tak layak untuk Matahari. Sfera 1/4 bumi hendak digandingkan dengan bebola panas pusat orbit Bima Sakti ?
Waktu siang, cahaya terang Matahari membuatkan Bulan tidak kelihatan.
Waktu malam, pantulan Matahari yang membuatkan Bulan bercahaya.
Benarkan? Bulan bukan sesiapa...
Tanpa bantuan Matahari, manusia tidak akan kenal Bulan.
Namun jauh di sudut hati, Bulan mahu melindungi Matahari. Berada di samping Matahari.
Barangkali Bulan dan Matahari memang tidak berjodoh. Segalanya berbeza antara mereka. Hatta waktu muncul pun berlainan. Datang apabila salah satunya pergi. Dan sebaliknya. Berturutan... Aturan alam membuatkan mereka silih berganti.
Gerhana. Matahari dan Bulan dapat muncul bersama. Dunia gelap tatkala itu. Fenomena yang jarang berlaku. Namun, tetap ditunggu masanya oleh umat manusia. Unik. Cantik. Kagum dengan kuasa Ilahi. Subhanallah.
Kini, Bulan sedar mengapa aturan Allah menjadikan Matahari tiada di sisinya. Kerana manisnya menanti sesuatu yang ditunggu. Saat bersama nanti adalah waktu bahagia, seluruh alam meraikan mereka.
Dalam menunggu, Bulan telah banyak berzikir kepada Pencipta. Berdoa supaya Matahari kekasih dan pasangannya. Secara tidak langsung, taqarrub ilallah. Indah kan?
Bulan dan Matahari pasangan yang ideal walaupun tidak bersama. Sering dijadikan sandaran dan analogi cinta sejati. Ya, cinta sejati tidak semestinya bersama. Redha itu kunci utama.
Dalam gelap pekat, Bulan tetap berteman biarpun bukan Matahari. Bintang setia menghiburkan Bulan. Tidak jemu, sentiasa ada. Saat Bulan mengadu, Bintang sedia mendengar.
Bulan belajar, jangan terlalu taksub dengan Matahari sehingga mengabaikan apa yang menjadi urusan. Menerima hakikat, hati lebih tenang.
Saat Bulan bersama Matahari mungkin tiba atau mungkin tidak. Hargai anugerah yang dikurniakan. Rahmat Allah terlalu luas.
Matahari juga adalah bintang. Tidakkah Bulan sedar?
Moon Embracing The Sun. (METS)
Tamat...
Ana terpengaruh dengan METS. Coretan ini sekadar santapan minda.

Haha, kami gelak bca kt last tu.. :3
ReplyDeleteAna terpengaruh dgn METS >_<
Nice blog !
ReplyDelete