Yamna 7
7
“Bercakap soal jati diri ini, teringat pada
ikan” Yamna tergelak kecil.
“Ikan?! Kita mana ada bela ikan?”
“Ish awak ni! Dengarlah dulu!”
Aniq diam memberi ruang.
“Ikan kat laut, walaupun hidup lama dalam
air masin, tetap tak masin rasanya. Malah kena letak garam untuk bagi ikan tu
masin. Untuk buatkan rasa masakan kita sedap. Jadi, secara logik berdasarkan
soal jawab kita, ikan mempunyai jati diri yang ampuh. Ikan telah berjaya
mengharungi cabaran!”
Aniq ketawa, tetapi masih terkawal. Lucu
barangkali apabila ikan dikaitkan dengan jati diri.
“Analogi yang bijak!”
“Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata,
Rasulullah s.a.w. bersabda : Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing).
Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. Perawi
petikan hadis ini adalah Muslim. Orang asing di sini bermaksud orang yang
mempunyai jati diri, yang tidak terpengaruh dengan persekitaran yang kurang
membantu”
“Brilliant!”
Yamna terkekeh dalam cara muslimahnya.
Seronok dipuji!
“A
kiss to show my recognition. You are a brilliant young lady” Aniq mencapai
pantas tangan Yamna lantas mengucupnya. Tanda penghargaan.
Yamna terjerit kecil keseraman. Jantung
berdegup kencang. Tangan ditarik segera, namun Aniq telah menikmati mulus
tangannya. Pantang ada peluang! Geli tahu!
Aniq kembali ketawa mengusik.
Yamna bangun dari duduk, ingin pulang
segera. Tidak betah berlama, nanti entah apa pula yang dirancang otak nakal
Aniq. Pantang diberi muka!
“Jom bonceng. Aniq bawa santai saja”
Yamna menggeleng. Aniq tetap memujuk. Yamna
melajukan langkah. Jarak ke rumah tidaklah sejauh mana. Cuma jalan yang tidak
lurus menyebabkan tempoh perjalanan agak lama. Jalan pintas pula agak
berbahaya, jadi lebih selamat memilih jalan selamat. InsyaAllah selamat!
Aniq menyakat Yamna sepanjang jalan ke
rumah. Lagak pemuda mengurat gadis. Mengurat isteri sendiri, apa cerita? Motor
diperlahankan seiring dengan langkah Yamna.
“Hai cik adik. Marilah abang hantarkan ke
rumah”
Yamna mengemam bibir.
“Lajunya jalan. Terkoyak seluar nanti”
Bisu.
“Sayang, dah berpunya?”
Crazy
old boy!
“Dah kahwin? Kalau belum, jom nikah? Abang
bujang lagi” Kenyitan di mata Aniq.
Dah! Nikah dengan awak la!
“Sekarang banyak kes jenayah. Kalau abang
hantarkan, selamatlah cik adik. Abang kuat, macho, boleh lindungi cik adik daripada
penjenayah. Abang berani, kalau cik adiklah gadis yang abang pertahankan itu.
Abang rasa bersemangat, rasa tak gentar
dengan orang jahat. Sebab abang berjuang pertahankan maruah dan kehormatan cik
adik. Abang sanggup jadi hero dan lawan dengan orang jahat. Abang berjihad
kerana Allah!”
Wah, api besar di mata Aniq. Biar putih
tulang jangan putih mata! Jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja! Berkobar-kobar
semangat, kalau hasil tiada, apa guna? Like
vapour vanish into the air, without any trace.
Sebut pasal jihad pula! Kalau betul nak jihad,
dan syahid cepat, silalah ke negara bergolak sana. Palestin, Syiria, Mesir,
Afghanistan dan banyak lagi negara yang perlukan anak muda seperti awak. Tapi…
Malaysia pun bergolak juga. Perebutan kuasa, jenayah berleluasa, dan pergolakan
dalaman. Rakyat di Malaysia juga tidak aman. Banyak krisis yang membelenggu.
Kalau begitu, baik Aniq tinggal di sini, berdakwah dan berjihad di Malaysia.
Supaya masyarakat Malaysia turut berkembang dari segi intelek dan pembangunan
sahsiah. Lebih mulia!
Solusi yang tepat jangan anda putus asah… KI .angen jallo akan membantu
ReplyDeleteanda semua dengan Angka ritual/GHOIB: butuh angka togel 2D 3D 4D SGP /
HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin 100% jebol Apabila ada waktu
silahkan Hub: KI agen jallo DI NO: 085-283 790 444 ]] ANGKA GHOIB:
SINGAPUR 2D/3D/4D/ ANGKA GHOIB: HONGKONG 2D/3D/4D/ ANGKA GHOIB; TEXAS
ANGKA GHOIB; TOTO/ MAGNUM 4D/5D/6D/ ANGKA GHOIB; LAOS/JIKA INGIN
MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 20 X TERBUKTI
TRIM’S ROO,MX SOBAT
Solusi yang tepat jangan anda putus asah… KI .angen jallo akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB: butuh angka togel 2D 3D 4D SGP /
HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin 100% jebol Apabila ada waktu
silahkan Hub: KI agen jallo DI NO: 085-283 790 444 ]] ANGKA GHOIB:
SINGAPUR 2D/3D/4D/ ANGKA GHOIB: HONGKONG 2D/3D/4D/ ANGKA GHOIB; TEXAS
ANGKA GHOIB; TOTO/ MAGNUM 4D/5D/6D/ ANGKA GHOIB; LAOS/JIKA INGIN
MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 20 X TERBUKTI
TRIM’S ROO,MX SOBAT