Yamna 6
6
Petang
yang damai, angin yang lembut berhembus, seorang gadis sedang duduk di bangku
batu yang berada di suatu sudut taman permainan. Yamna asyik menulis sesuatu di
bukunya. Hujung tudungnya sesekali berkibar dek angin yang menyapa. Ralit dalam
dunia sendiri, sehingga tidak sedar akan kehadiran Aniq.
“Assalamualaikum” setelah salam diberi,
barulah Yamna menoleh.
Buku
ditutup pantas. Menyembunyikan coretan dari Aniq; si suami. Malu jika Aniq
mengetahui aktiviti sulitnya ini. Wajah mempamerkan senyuman nipis, menyambut
Aniq. Kanak-kanak yang bermain seakan tidak menyedari kehadiran mereka berdua,
leka bergelak ketawa sesama mereka.
“Waalaikumsalam”
Aniq
mengambil tempat di sebelah Yamna. Seketika, Aniq memulakan mukaddimahnya.
“Yamna…” Aniq menyeru.
“Hmmm?”
“Kalau ditanya tentang jati diri, apa Yamna
nak jawab?”
Pandangan
Yamna tetap pada anak-anak yang sedang bermain. Sambil memikirkan jawapan
bernas yang logik pada kewarasan akalnya.
“Tetap pendirian?”
“Ya, jati diri maksudnya tidak mudah
dipengaruhi oleh keadaan sekeliling”
“Bagaimana?”
“Walaupun hanya kita seorang sahaja yang
berbeza, kita masih berpegang teguh dengan pendirian kita, selagi ianya betul.
Asas jati diri ialah keimanan yang kukuh dan ilmu yang mendalam” Aniq menghela
nafas seketika.
“Dari Abi Amru r.a. katanya: Aku bertanya
kepada Rasulullah, katakanlah padaku tentang Islam satu perkataan yang tidak
akan aku tanyakan selepas ini daripada engkau. Jawab Nabi: Katakanlah aku
beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah. Hadis riwayat Muslim.
Jelas di sini, Rasulullah menekankan konsep beriman dan beristiqamah dengannya”
“Kalau dari sudut ilmu yang mendalam pula?
Bagaimana hendak menjadikan kita sentiasa berilmu? Ilmu bukan dituntut di
sekolah sahaja” Yamna meminta penjelasan.
“Kita boleh ke majlis ilmu a.k.a. taman
syurga. Lebih baik hadirkan diri di majlis ilmu berbanding tonton di TV atau
mana-mana media masa. Keberkatan lebih terserlah. Boleh bertemu dengan
orang-orang alim di samping mengeratkan silaturahim. Itu untuk mereka yang mempunyai
kelapangan masa dan pengangkutan, atau tiada yang menghalang. Baca buku, layari
artikel agama, atau tonton program keagamaan di TV sudah memadai. Asal kita
dekat dengan ilmu”
“Aniq, bukankah iman manusia ada pasang
surut seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah? Jati diri juga tentu turun naik.
Jadi bagaimana hendak memastikan jati diri sentiasa kukuh?” Belum selesai soal
jati diri dan iman.
“Al-imanu
yazid wa yanqush. Iman kadangkala bertambah dan kadangkala berkurang. Iman
akan bertambah apabila kita mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah. Akan
berkurang apabila menjauhkan diri daripada Allah, umpamanya melakukan maksiat”
Aniq setia menjawab. Lagipun Aniq yang mulakan!
“Untuk mengukuhkan iman itu supaya tidak
mudah rosak, Rasulullah menekankan perlunya bersikap istiqamah, teguh dan gagah
dalam mempertahankan iman dengan memperbanyakkan amal ibadat. Orang yang
sentiasa istiqamah akan memperoleh rahmat Allah berupa pertolongan dari
malaikat sebagaimana firman Allah S.W.T. : Sesungguhnya mereka berkata: Tuhan
kami ialah Allah kemudian mereka beristiqamah, turun atas mereka malaikat
sambil berkata: Janganlah kamu takut dan janganlah kamu berdukacita dan
gembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan kepadamu. Surah Fussilat
ayat tiga puluh”
“Muhammad Shalih Al-Munajjid dalam bukunya; Wasail Tsabat ‘Ala dinillah menyatakan
bahawa dalam mencapai istiqamah dan memelihara iman, kaum muslimin harus
sentiasa mesra dengan Al-Quran, yakni dengan membacanya, menghafal dan
menghayati kandungannya kerana Al-Quran adalah rujukan pertama dan utama bagi
umat Islam”
Bersambung...
Comments
Post a Comment