Dilema penglipur lara

Assalamualaikum.

Kita terus pada tujuan sebenar lah ya?

Begini, awak perasan tak sudah lebih dua bulan tiada post baru dari saya? Dan bermakna tiada bab baru tentang Fikrah Hamra juga.

Saya dalam dilema sebenarnya. Saya hendak teruskan novel saya, tapi dalam waktu yang sama, saya belum dapat cari tempoh yang sesuai untuk menulis lagi. Saya belum dapat bahagikan masa dengan bijak.

Bak kata orang, kalau hendak seribu daya. Maka benarlah kata orang itu, sekeping hati ini perlu disoal, setakat mana kesungguhan untuk meneruskan cita-cita.

Apakah alasan 'tiada masa' itu hanya tabir yang ingin menutup 'ketidak-rajin-an'?

Untuk faktor sokongan, awak rasa bagaimana? Perlukah saya teruskan?

Saya tahu, tidak ramai pun yang melawat blog ini. Tetapi, jumlah yang kecil tetap dapat memberi perubahan yang besar.

Saya nantikan sesuatu (komen) dari awak...

Wassalam..

Comments

Popular Posts