Kelana Eskapisme
Kelana
Eskapisme
“Kau ingat aku kisah pasal masalah eksperimen kau ni?” Soal Prof. Ajmal
sinis.
“Tak kan pasal elektrik terputus pun kau nak tulis dalam tesis?! Habis
kalau ikan-ikan kau lemas sebab aeration tak cukup sebab elektrik tak
ada, kau tak reti nak cari solution? Ke semua benda aku kena bagitahu?
Kau tak boleh fikir sendiri ke?!” Jerkah pensyarah itu lagi.
Sya yang sudah bertakung air mata tersentak mendengar jerkahan itu.
Namun hanya kepala yang menunduk menjadi perisainya ketika itu.
Draf tesis dihempas ke atas meja dengan kuat. Sya mengemam bibirnya
kuat, menahan tangis esakan yang kian membuak-buak. Yang bila-bila saja bakal terhambur
keluar.
“Itu baru satu aku point out. Yang lain? Humph! Selama ini, aku
tak pernah tengok draf yang penuh dengan dakwat merah macam ni. Too much
faulty, too much correction needs to do” Prof mengeluh.
“Kau ni, buat lah kerja betul-betul. Kau ingat final year project
ni main-main ke? Sedar lah sikit, kau tu dah tahun akhir, bukan first year
lagi nak play around. Understand?”
Sya diam tak berkutik.
“Sudah, dismiss! Hantar draf dengan pembetulan minggu depan. Make
sure to do correction for every error I point out. I cannot tolerate same
mistake. You’re not dumb, just imbecile careless”
Bagai belati yang menghiris daging, seperti itulah terlukanya perasaan
Sya tika itu. Ah cukup! Sya sudah enggan dengar lagi kata-kata yang pedih itu.
“Thank you, Prof”
Sebaris ayat itu cukup payah mahu diungkapkan. Namun, kerana hormatkan
pensyarah merangkap penyelia projeknya, Sya sebutkan jua. Kalau ikutkan
perasaan hiba dan marahnya, tak ingin Sya mempraktikkan ‘kesopanan dan
kesusilaan’ di sini memandangkan dirinya sendiri tidak diberikan penghormatan
yang selayaknya. Sya cuma mahu keluar dari bilik seksaan ini!
Melangkah sahaja dari pejabat Prof Ajmal, Sya terus mencari bilik air.
Ingin dihamburkan sepuasnya tangisan yang ditahan ini. Kesedihan, keterlukaan,
perasaan marah, rasa hampir benci, geram... Semua yang terbuku, yang
tersirat... Sya ingin lepaskan!
Let them go!
Setelah setengah jam Sya berkurung dalam bilik air, akhirnya dia keluar.
Sya menilik wajahnya di hadapan cermin. Mata yang sembam, bibir yang merah,
wajah yang kepanasan... Tipikal orang yang baru lepas menangis. Air dari paip
dilurutkan ke muka. Berulang kali. Sehingga Sya rasa puas. Namun, kesan dari
tangisan itu tetap jelas terpapar.
Sya menilik jam di tangan. Jam 3.30 petang. Masa untuk pulang.
Memandangkan kelas petang ini dibatalkan, jadi Sya boleh sahaja terus ke bilik.
Ada hikmahnya juga kelas batal, sekurang-kurangnya Sya tidak perlu berhadapan
dengan kawan-kawan sekelas dengan mata sembam.
Sampai sahaja di tempat parkir kereta, Sya terus menghidupkan enjin. Pemanduannya
lancar biarpun fikirannya menerawang jauh. Mujur tiada kemalangan berlaku,
walaupun si pemandu tinggal jasadnya sahaja semasa di atas jalanraya.
Di bilik, Sya terus menghempaskan dirinya di atas katil. Dia sudah penat
menangis.
‘I’m exhausted... I wish...’
Pintu dikuak dari luar. Nour; teman sebiliknya baru pulang.
“Eh Sya! Awak dah balik? Saya ingat awak ada kelas hari ni?”
Sambil memalingkan wajahnya ke arah dinding, Sya menjawab.
“Kelas Sya batal hari ni” Suara seraknya sampai ke telinga Nour.
“Are you okay?” Tanya Nour risau.
Soalan dibiarkan tidak berjawab.
Terasa katil Sya sedikit rendah, tanda ada orang duduk di sisinya.
“Sya, tell me what’s wrong? Why are you like this?”
Sya menggeleng kepala, dia sedang menahan rasa.
“Sya...” Nour memeluk Sya dari belakang.
Saat itu, bahu Sya terus terhenjut-henjut. Air mata yang berhenti tadi
datang kembali. Kali ini lebih dahsyat.
“Nour...” Seru Sya dalam sela esakan sambil membalas pelukan Nour.
“Ya Allah, Sya! Apa jadi?”
Sya sambung menangis. Dibiarkan Sya dengan esakan di bahu Nour
sehinggalah Sya senyap sendiri.
Sya meleraikan pelukan itu kemudian memandang wajah Nour.
“I will always be with you Sya. You can tell me when you’re ready”
Nour memujuk.
Sya cuba mengukir senyum, biarpun nampak tawar.
Air mata yang tersisa dilap dengan hujung lengan baju. Nafas ditarik
panjang sebelum memulakan bicara.
“Sya jumpa SV (supervisor) tadi”
Sya berjeda sebelum menyambung.
“Dia marah Sya. Dia kata Sya careless. Dia fikir Sya main-main
buat projek”
Sya sebak semula. Bibirnya mencebik. Namun dalam masa yang sama masih
mahu berkata-kata.
“Sya tak main-main! Waktu tu Sya panik, Sya tahu ikan-ikan tu nak lemas,
tapi Sya nak buat macam mana. Dah kat fakulti terputus elektrik, habis ke mana
Sya nak bawa ikan-ikan tu? Tak kan nak usung lima belas akuarium tu ke fakulti
lain?!” Sya sudah mula meracau.
“Generator yang ada pun rosak. Habis mana nak cari back up?”
Nour diam sambil mengusap belakang Sya.
“Sya dah call Prof waktu tu, tapi dia yang tak jawab! Banyak kali
Sya call!” Sya tertinggikan suara.
Nour yang belum faham hujung pangkal cerita hanya mengiyakan.
“Bukan ke tanggungjawab SV untuk selia projek kita? Bukan biar kita
sorang-sorang terkontang-kanting deal dengan problems!”
Nour tunggu Sya habis melepaskan isi hatinya, kemudian barulah dia
bersuara.
“Although I cannot fully understand your issue, I know one thing for
sure. You need escapism. You need to rest your mind and body. A short vacay
maybe be the best for now”
Sya pandang Nour kosong.
“You overwork yourself. Plus you stressed. Trust me. Minggu depan
dah cuti mid sem kan? Go somewhere to enjoy yourself. Hmmm... An
island with tranquil atmosphere sounds good isn’t?”
***
Angin yang menampar wajah Sya membawa bau masin laut. Bot pancung yang
membelah ombak menderu laju. Rasa teruja kian memuncak, memekarkan seulas
senyuman milik Sya tanpa sedar.
Sejam lepas dia tiba di Jeti Kuah. Kemudian dia berjalan kaki ke Jeti
Marble yang tidak jauh dari situ.

Lebih setengah jam menunggu, barulah dia dapat menaiki bot pancung yang
sudah menanti. Sebabnya adalah untuk menunggu penumpang-penumpang lain yang
juga akan ke Pulau Tuba. Mereka terdiri daripada penghuni tetap pulau itu dan
pelancong-pelancong yang ingin ke sana.
Tambang untuk sebuah bot mungkin mencecah RM 80 hingga RM 100. Jadi,
lebih ramai penumpang, lebih bagus. Selalunya, tekong bot akan mencukupkan
bilangan 12 orang atau lebih untuk satu bot. Namun, bilangan yang terlalu ramai
juga akan memudaratkan keselamatan penumpang. Pegawai dari Jabatan Laut
Malaysia sentiasa membuat pemantauan di jeti ini bagi mengelakkan keadaan bot
lebih penumpang.
Pemandangan laut bersilih ganti dengan pulau-pulau kecil tidak
berpenghuni.

Sememangnya Langkawi terkenal dengan kepulauan yang pelbagai merangkumi
99 gugusan pulau tidak termasuk 5 pulau
yang hanya kelihatan sewaktu air surut. Di Laut Andaman ini, hanya Pulau
Langkawi dan Pulau Tuba sahaja yang didiami penduduk.
Jadi, destinasi Sya adalah Pulau Tuba yang tenteram suasananya.
Memandangkan Pulau Langkawi agak sesak dengan pelancong dan orang tempatan,
serta bingit pekan, Sya memilih untuk bersunyian di Pulau Tuba. Buat sekarang,
fokus Sya untuk berehat.
Mungkin esok dia akan ke Pekan Kuah. Membeli-belah sedikit buah tangan
untuk orang di tanah besar. Bergantung pada emosi dan kemahuan tubuhnya pada
esok pagi.
Motel Faridzuan menjadi tempat penginapan Sya. Setelah mendaftar masuk,
Sya berbaring di atas katil. Fikirnya untuk lelap seketika.
Tidak sedar masa berlalu, Sya terjaga apabila azan Asar dari telefon
berkumandang. Wajah diraut bagi menghilangkan kantuk. Segera wudhuk diambil dan
solat ditunaikan.
Usai solat, pinggir pantai yang terletak berhadapan dengan motel
tersebut menjadi tujuan Sya. Airnya surut, beberapa buah sampan terdampar di
persisiran itu. Dari jauh, kelihatan jambatan panjang yang menghala ke laut.

Dengan langkah bersahaja, Sya meniti persisiran pantai itu sambil
mengamati keindahan yang sedia terpampang melalui kornea mata. Rasa nyaman dan
tenang.

Cengkerang-cengkerang siput yang bertaburan bagaikan bintang-bintang
siang ketika air surut. Nun di sana, air laut yang biru memanggil-manggil Sya
untuk dekat.

Sya berjalan sehingga bertemu gigi air. Selipar segera ditanggalkan.
Kaki terus mencecah air laut. Perasaan teruja semakin memuncak! Sudah lama
tidak bertemu laut.
Dari situ, Sya ke jambatan panjang yang menjadi laluan utama
nelayan-nelayan pantai untuk ke laut.

Semakin lama Sya meniti jambatan tersebut, kawasan yang cetek semakin
ditenggelami air.

Bot-bot yang tersadai teroleng-oleng mengikut rentak ombak. Pulau-pulau
kecil berselerakan di sana-sini. Pemandangan yang mengasyikkan.


Sebuah sampan tua menarik perhatian Sya. Tatkala bot lain menggunakan
kuasa enjin moden, sampan kayu ini masih klasik dengan enjin sangkut berkuasa
rendah. Walaupun sudah dimamah usia, nilai estetikanya tetap menyerlah.

Lautan yang maha luas menjadi tatapan Sya. Rasa takjub yang amat pada
kebesaran Ilahi.

Sya terleka dalam menghayati ketenangan yang menyelimuti jiwanya. Terasa
beban yang ditanggung dibawa pergi. Hanya keasyikan memenuhi jasadnya kini. Sya
mahu menikmati dan menyimpan momen ini di minda. Alangkah indahnya jika momen
ini berulang setiap hari. Pasti fikirannya akan lapang sentiasa.

Hari semakin senja, matahari semakin jauh ke barat. Tanda tirai malam
semakin labuh menutup hari ini. Sya berjalan pulang dengan santai. Masih
menikmati juadah keindahan di hadapan matanya.
***
Keesokan hari, Sya bertolak awal ke jeti Pulau Tuba. Seperti biasa,
beberapa bot pancung sedia menunggu. Sya melabuhkan duduk di bangku sementara
menanti penumpang-penumpang lain. Lima belas minit kemudian, sebuah van
berhenti. Sekumpulan pemancing dengan joran, kotak umpan dan baldi
masing-masing turun dari van dan menghampiri jeti.
Satu... dua... Lapan orang semua sekali.
Termasuk Sya ada sembilan penumpang. Okay, we need three more!
Sepuluh minit menanti, dua buah motor datang dan terus ke parkir. Setiap
motor dua orang pembonceng, jadi jumlahnya empat orang.
Okey, jom naik bot!
Setelah semua penumpang mengambil tempat, bot beransur bergerak. Sya
perasan setiap bot ada co-pilot yang akan berdiri di hujung hadapan bot sebagai
mata kedua pemandu. Di bahagian belakang bot, pemandu akan mengawal arah dan
kelajuan bot.
Sya menghala pandangan ke luar memandangkan posisi duduknya di ceruk
hadapan bot. Kemudian, co-pilot yang hanya ternampak kakinya sahaja itu
termasuk dalam lingkungan pandangan Sya. Sepasang kaki berseluar jeans lusuh
itu ditilik Sya lucu. Bermacam gaya berdirinya, sekejap sebelah kaki
dibengkokkan, sekejap luas kangkangnya. Lenguh barangkali. Kasihan Sya pada si
dia. Sedar-sedar sahaja bot sudah berhenti di Jeti Marble.
Sya mengesot untuk keluar dari bot. Mata tertangkap figura co-pilot bot
yang menarik perhatian Sya tadi. Si dia sedang menunggu di atas jeti di tepi
bot sambil memegang lengan seorang pak cik tua, membantunya melangkah keluar
dari bot. Dari jeti, lelaki muda dengan rambut ala-ala boyish itu
menuntun pak cik tersebut menaiki jambatan kecil yang agak curam dan licin. Sya
yang berada di belakang hanya memerhati.

‘Alhamdulillah, masih ada orang
muda dengan sifat prihatin pada warga yang lebih berusia’ Hati kecil Sya
berbunyi.
Setelah selesai lelaki co-pilot tersebut menuntun pak cik tua ke darat,
dia berpatah balik ke bot di belakang. Sempat Sya mengukir senyuman penghargaan
buat lelaki muda itu apabila bertemu mata sepintas lalu dengannya.
Dari jeti tersebut, Sya menggunakan perkhidmatan GrabCar untuk ke
destinasi seterusnya iaitu Cable Car Langkawi. Sengaja Sya memilih tempat
tersebut biarpun tahu pasti pelancong akan bersesak di situ. Sya mahu menikmati
pemandangan Pulau Langkawi dari udara. Tentulah pengalamannya tidak sama seperti
di darat kerana dari sudut pandang yang berbeza. Ah, terujanya!
Setelah beratur panjang, akhirnya dapat jua Sya menaiki kereta kabel. The
scenery is majestic!


Udara sejuk membelai tubuh Sya di sini. Kabus tebal menyelimuti
pemandangan. Perasaannya seperti berada di atas awan. Eh, memang di atas awan
pun! Rasa berdebar dan seronok!
Dalam perjalanan pulang, Sya singgah di pusat membeli-belah Haji Ismail
Group. Coklat pelbagai jenis dan jenama memenuhi raga yang diusung. Maklumlah,
buah tangan untuk orang di tanah besar.
Hampir senja, bot yang sama menjadi pengangkutan Sya kembali ke Pulau
Tuba. Dan tentulah co-pilot yang sama turut ada. Dapatlah Sya melihat gelagat
lucu co-pilot itu lagi.
Sebenarnya, tidak banyak bot pancung yang berulang-alik dari Pulau Tuba.
Masakan tidak, bot-bot ini diusahakan sendiri oleh penduduk pulau tersebut.
Jadi, perkhidmatannya adalah terhad, bergantung kepada bilangan penduduk yang
mampu memiliki dan menyelia bot-bot
mereka.
***

Sya bergerak awal untuk pulang ke Kuala Perlis. Sempat dia merakam detik
awal pagi di mindanya sebelum bergerak pulang.
Berakhirlah percutian singkat Sya di Pulau Tuba ini. Tentulah Sya mahu
datang lagi! Di kesempatan akan datang, Sya mahu tinggal lebih lama di sini.
Sya mahu menikmati suasana kampung nelayan dengan lebih mendalam. Sya ingin
menikmati ketenangan pulau yang jauh dari bingit kota. Alangkah bagusnya jika
Sya menetap di sini...
***
Sya kembali kepada kehidupan pelajarnya. Projek tahun akhir yang
tertangguh disambung dengan penuh keazaman dan kesabaran.
Dan sekarang, atas kapasiti seorang pelajar, Sya sedang berada di Kuala
Lumpur menghadiri International Congress for Conservation Biology. Kehadirannya
hanya untuk memeriahkan majlis di samping mencedok sedikit pengetahuan tentang
konservasi dan ekologi.
Dari satu penyampai ke penyampai yang lain, yang masing-masing membawa
tajuk tersendiri. Mereka membawa mesej-mesej penting untuk pemuliharaan flora
dan fauna. Sampailah ke penyampai terakhir pada petang itu yang membuatkan Sya
terpaku di tempat duduknya.
Wajah yang sama. Penampilan yang berbeza. Sangat berbeza.
Si co-pilot bot Pulau Tuba itu sedang berada di atas pentas? Sebagai
penyampai?!
Pembentangan tentang kepentingan ekologi marin tidak terlekat di fikiran
Sya. Mindanya sibuk memikirkan siapakah gerangan pemuda itu. Masakan co-pilot
bot kecil biasa-biasa boleh berada di atas pentas knowledge exchange
ini. Apatah lagi fasih berbahasa Inggeris menyampaikan pembentangan kepada
tetamu-tetamu kehormat yang terdiri daripada saintis dan penyelidik yang
disegani.
Musykil Sya dibuatnya!
Dalam tidak sedar, pembentangan yang mengambil masa sejam lebih itu
tamat sudahnya.
“Thank you to Dr. Khairul Afkar for the mesmerizing presentation. We got
to learn about the significant of marine ecology through his benevolent
sharing”
Oh co-pilot bot pun boleh jadi doktor falsafah ya?
Tanpa sedar, Sya sudah memandang rendah akan pekerjaan lelaki itu.
Majlis pada hari itu tamat dengan minum petang. Sya menunggu
teman-temannya di tepi pintu dewan. Maklumlah, car pool untuk
menjimatkan kos.
“Eh, Cik Senyum Jeti Marble?”
Sya ditegur seseorang. Dan orang itu adalah tidak lain tidak bukan si
co-pilot bot Pulau Tuba merangkap Dr. Khairul Afkar.
Sya senyum kaget.
‘Kenapa pula Dr. ni nak tegur aku?’ Monolog Sya gelisah.
“Ingat saya lagi tak?”
Ni hendak buat-buat lupa ke macam mana? Aduhai...
“Er, siapa ya?” Sya mahu mengelak.
“Sayalah. Jeti Marble. Co-pilot bot. Awak senyum pada saya. Tak ingat?”
Oh no! Perlu ke nak highlight part senyum
tu?
“Sorry mister. But, I think you got the wrong person”
Sya mahu berlalu. Namun seseorang menarik lengan bajunya.
“Sorry miss, but I never forget that smile. I got the right person. To
be specific, the right innocent-looking young lady who I will propose to become
my partner”
TAAAMAAAT... (hihi)
Comments
Post a Comment