High Expectation

Assalamualaikum, sayang.

(air mata setitis menyentuh kain)

Penglipur lara berkisah...

Pintu ditutup rapat. Menjenguk ke bawah dari koridor tingkat 4. Mencari kelibat rakan-rakan. Tiada. Mungkin mereka sedang menunggu di perhentian bas. Langkah dipercepatkan.

Kemudian, terlihat kelibat seseorang dengan tudung yang amat familiar. Memanggil dia, "Haz!"

Dia berpaling lantas berkata dengan nada yang dapat telinga dengar, "Saya tak jadi pergi!"

"Oh, tak apa lah" senyum hambar.

Anak tangga dituruni hati-hati, dengan wedges yang entah berapa inci tinggi. Dress labuh paras buku lali menjadikan langkah kian sopan, risau terpelecok atau yang lebih buruk.

Mata kenalan yang terjumpa sepanjang perjalanan asyik memandang diri, aneh barangkali seorang gadis dengan dress kembang labuh di tengah terik matahari. Seperti hendak ke majlis besar sahaja.

Dan memang pun. Ada majlis pernikahan yang hendak dihadiri. Cadangnya bersama teman-teman. Namun, seorang pun belum kelihatan. Runsing.

Beberapa buah bas melintasi tempat berdiri. Namun diabaikan sahaja. Fokus menunggu teman yang lain.

Telefon yang sejak tadi dikeluarkan masih belum berfungsi. Entah berapa kali jari mendail nombor, namun belum dapat disambungkan taliannya. 'Service network not available' tulisnya.

Mengeluh.

Beberapa minit menunggu. Keputusan drastik diambil.

 Langkah kembali ke kolej. Dalam hati, mantera sakti diulang baca. "Ini salahku, mereka hanya prop yang dicipta untuk menyedarkan aku. Mereka tidak bersalah. Sedikit pun tidak"

Menghidupkan komputer riba. Meneliti 'notification' di laman facebook. Mungkin diri yang terlepas pandang. Ketinggalan berita barangkali.

Tiada.

Muncul satu ikon di ruang sembang. Namanya diklik pantas.

Bertanya apa yang bersarang di sanubari. Tatkala meluahkan, kesedaran menghempuk kepala.

-Diri bersikap 'high expectation' terhadap semua. Terlalu berharap pada mereka.

Konklusinya...

Anggapan yang terlalu tinggi, bisa merudumkan semangat seseorang saat dikecewakan.

(walaupun diri tahu perkara ini mungkin terjadi, namun didiamkan sahaja demi sangka baik terhadap teman)

Kepada sahabatku sayang, maaf atas khilafku. Kalian terpaksa menanggung beban disebabkan diri yang tidak mungkin sempurna ini.

Kepada diri, ini kifarah atas dosamu semalam.

Salam sayang,
Imanina






Comments

Popular Posts